Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN UNTUK MEMINDAHKAN KUBUR ALLAHYARHAM AHMAD BIN YAACOB
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tiada apa-apa halangan dan bersetuju di atas cadangan untuk pemnindahan kubur Allahyarham Ahmad bin Yaacob di kampung Denai Aman, Kempas ke tanah perkuburan Islam berdekatan. 2. KEharusan ini adalah berdasarkan kepada keperluan. 3. Kebenaran ini hanyalah untuk pemindahan kubur Allahyarham Ahmad bin Haji Yaacob sahaja. 4. Pekerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 5. Segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh pemohon. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI