Loading...

Himpunan Soal Jawab Agama

Himpunan Keseluruhan Soal Jawab Agama Yang Telah Selesai


* Menampilkan 100 rekod kemusykilan terbaru sahaja secara automatik. Sila gunakan carian soalan atau pilih kategori di atas untuk carian menyeluruh pangkalan data.
HITS SOAL JAWAB AGAMA KATEGORI TAHUN DIKELUARKAN
120
Assalamualaikum w.b.t. Permasalahan ibadah umrah yang lalu. Saya pernah melakukan umrah beberapa tahun yang lalu. Ketika itu, saya jahil tentang hadas kecil sebelum berwudhu sebelum tawaf. Bagaimana dengan hukum umrah tersebut kerana kemungkinan besar saya berada dalam keadaan berhadas ketika tawaf? Setelah saya menghadiri kursus haji secara mendalam, saya mula merasa ragu dan terfikir masalah itu semula. Apakah yang patut saya buat? Adakah saya masih dalam keadaan ihram atau perlu bayar dam? Berapakah dam yang perlu saya bayar? Sebab saya ada terbaca, jika umrah tidak sah maka kita berada dalam ihram sampai bila-bila. Mohon bantuan penjelasan dari pihak tuan.

Lihat perincian...
Ibadah 2026
403
Assalamualaikum tuan mufti. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ni kerana saya tak tahu nak rujuk secara terus dengan siapa. Saya seorang suami berumur 28 tahun dan isteri berumur 27 tahun. kami dah berkahwin hampir 3 tahun. 1-2 minggu sebelum akad nikah, isteri disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang (CKD) tahap 4. Tapi masa tu, doktor tidak sarankan beliau untuk buat dialisis. Jadi doktor sarankan pantau buat masa awal ni, dan mungkin akan buat transplant terus, cuma mungkin lambat lagi. Dan disebabkan sakit ni jugak, doktor mengatakan bahawa isteri tidak disarankan untuk mengandung kerana bimbang kesihatan buah pinggang dia akan makin merosot cepat. Saya dengan isteri pada masa tu terima dengan hati yang terbuka. Jadi setelah buat perbincangan dengan kedua2 belah pihak keluarga, keluarga minta kami yang buat keputusan sendiri dan mereka akan ikut apa jua keputusan kami. Di pendekkan cerita, minggu lepas doktor mengatakan kondisi buah pinggang isteri makin merosot sedikit cepat dari yang dijangkakan, jadi mungkin perlu bersedia untuk buat pembedahan transplant. Difahamkan ibu bapa isteri tak dapat jadi penderma kepada isteri disebabkan faktor usia dan kesihatan mereka. Jadi saya dengan rela hati sudi untuk menjadi penderma kepada isteri saya sendiri. dan doktor akan buat ujian kesihatan terhadap saya. Cuma yang menjadi masalah sekarang ni keluarga tidak merestui keputusan saya, bahawa saya yang akan jadi penderma tersebut. Tapi saya tetap dengan keputusan saya nak jadi penderma kepada isteri saya. Soalan saya : 1) Adakah saya berdosa kerana membelakangkan keluarga? 2) Apa pendapat tuan mufti tentang keputusan saya? 3) Apa tindakan yang perlu saya ambil sekiranya keluarga tetap tak restu? 4) Benarkah selepas berkahwin, isteri nombor 1 berbanding ibu sendiri? Diharap tuan mufti dapat memberi maklum balas kepada soalan saya ni. Kerana saya betul2 perlukan jawapan. Saya tak nak hubungan antara keluarga saya dengan isteri terjejas disebabkan masalah ni. Saya taknak hati kedua2 pihak terluka disebabkan keputusan saya.. Tolong ya tuan Mufti Sekian, Terima kasih. Firdaus Ahmad

Lihat perincian...
Munakahat 2026
474

Assalam ustaz/ustazah.

Maaf andai kata soalan saya agak panjang. Saya mengalami isu istihadah dan keputihan yang kerap menyebab kan saya selalu keliru dengan warna haid saya terutama ketika bulan puasa. Saya telah datang haid hari pertama 21/3/2026 dalam jam 12.00 tengahari pada hari ketiga puasa dan sehingga ke hari ke 15 (7/3/2026) masih ada cairan berwarna kuning dan keruh bersama lendir keputihan.

Adakah saya masih dikira dalam keadaan haid atau istihadah?

Kalau masih dalam tempoh masa 15 hari, adakah saya perlu mandi wajib pada hari ke 16 tarikh 8/3/2026 pada waktu sama pkul 12.00 tengahari dan tidak dikira berpuasa. 

Atau boleh sahaja saya mandi wajib ketika waktu subuh untuk membolehkan saya berpuasa dan solat subuh dalam keadaan istihadah?

Bantuan ustaz/ustazah atas persoalan saya amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Lihat perincian...
IBADAH 2026
865

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adakah saya perlu mengulangi solat saya apabila hanya perasan di celah dalam mata saya ada sedikit tahi mata kering selepas solat.

Perasan setelah masuk waktu solat kedua.

Bantuan ustaz/ustazah atas persoalan saya amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Lihat perincian...
IBADAH 2026
152

Assalamualaikum Tuan Mufti.

Selaku first-time untuk menjadi seorang ayah, apakah amalan yang boleh saya lakukan untuk kandungan isteri saya?

Saya pernah dengar ada sesetengah ustaz kata seeloknya baca Surah Maryam atau Surah Luqman semasa dalam kandungan.

Ada ke apa-apa amalan yang tertulis dalam Hadith? Mohon diperjelaskan.

Terima kasih.


Lihat perincian...
LAIN-LAIN 2026
727
Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih untuk ruang persoalan dan maklum balas jawapan untuk pihak Jabatan Mufti Johor. Saya ingin bertanya mengenai perniagaan infaq yang kian meluas di media sosial. Situasi adalah seperti berikut : Hidayah mempunyai perniagaan nasi lemak berharga rm 3 sebungkus, setiap hari khamis, Hidayah akan iklankan seperti berikut di laman sosial "Infaq nasi lemak RM 3 sebungkus, slot dibuka sebanyak 100 bungkus nasi lemak, Infaq nasi lemak di masjid berdekatan untuk jemaah solat jumaat, Mohon melakukan pembayaran melalui QR code di bawah. Semoga Allah terima infaq akhirat kita semua amiin" Kemudian, 100 bungkus slot dibuka telah penuh, hasil daripada bayaran infaq orang ramai dan pada hari jumaat, nasi lemak sebanyak 100 bungkus dihantar ke masjid berdekatan. Soalan 1 Adakan halal di sisi syarak cara ini Soalan 2 Jika tidak halal di sisi syarak cara ini, apakah cara yang Islam ajar untuk infaq jika mempunyai perniagaan Soalan 3 Adakah benar jika iklan seperti di atas telah menimbulkan ragu ragu dalam infaq Soalan 4 Adakah RM 3 sebungkus nasi lemak sebanyak 100 bungkus perlu infaq di masjid tanpa mengambil kos duit upah, modal atau Jika modal RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 modal boleh diambil oleh Hidayah Jika upah RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 upah boleh diambil oleh Hidayah Jika untung RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 untung boleh diambil oleh Hidayah maka, RM 300 (modal, upah, untung) diambil oleh Hidayah dan 100 bungkus nasi lemak di infaq di masjid atau RM 200 (modah, upah) diambil oleh Hidayah namun 100 bungkus nasi lemak serta RM 100 di infaq di masjid Mohon maaf atas kegusaran yang timbul di fikiran dek ceteknya ilmu saya, terima kasih untuk maklum balas

Lihat perincian...
Muamalat 2026
145

Assalamualaikum Pihak Jabatan Mufti Johor.

Nama Saya Firdaus, tinggal dan bekerja di Negeri Johor. Saya ada pertanyaan, Zakat Emas wajib dibayar Setahun Sekali Atau sekali seumur hidup? Contoh jika saya ada 100gram simpanan emas (bukan dipakai) dan disimpan selama 10 tahun, adakah zakat yang perlu saya keluarkan sekali sahaja dalam masa 10 tahun tersebut? Atau saya perlu mengeluarkan zakat selama 10kali (Setiap tahun) sepanjang 10 tahun ke atas 100gram emas tersebut? Mohon perjelasan dari pihak tuan. 

Terima Kasih Firdaus 0195711236


Lihat perincian...
AKIDAH 2025
1810
Assalammualaikum, Adakah solat Fardu Jumaat boleh di jamak dgn solat fardu asar (Jamak Taqdim)? Bagaimana niat dan cara menunaikannya? Terima kasih

Lihat perincian...
Ibadah 2025
516
Persoalan Hukum Mengenai Blind Box / Mystery Box Assalamualaikum. Sekarang ramai yang beli blind box atau mystery box yang dijual. Walaupon penjual ada berikan diskripsi mengenai jenis dan barang yang akan kami dapat, tetapi kami tak tahu dapat yang mana satu. Kalau dari segi hukum, benda ni haram ke? Sebab saya macam nak beli jugak tapi saya takut haram. Harap dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.

Lihat perincian...
Muamalat 2025
226
Pembayaran Zakat Untuk Emas 999.9 Dan 916. Saya Encik Aji, ingin bertanya untuk pembayaran zakat untuk emas 999.9 dan 916 perlu disatukan atau asing- asing untuk pembayaran zakat.

Lihat perincian...
Zakat 2025
229
MASALAH SOLAT YANG DITINGGALKAN OLEH WANITA YANG BARU SUCI DARIPADA HAID KERANA HALANGAN Assalamualaikum YBhg. SS Dato' Mufti, Seorang muslimat bertugas sebagai seorang pakar perubatan di hospital. Hari dia suci daripada hadas ialah waktu pagi hari bekerja. Kebetulan waktu itu dia terlibat menjalankan pembedahan ke atas pesakit. Pembedahan yang mengambil masa berjam-jam menyebabkan dia terpaksa menangguh mandi wajibnya pada waktu Maghrib menyebabkan beberapa waktu solat terpaksa ditinggalkan. Mohon pandangan YBhg. Dato sekiranya terdapat sebarang rukhsah kepada beliau apabila berhadapan dengan situasi begini. Adakah dia berdosa?

Lihat perincian...
Ibadah 2025
713
I. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ṭayyib dalam pemakanan mengikut perspektif syarak? II. Adakah pemilihan pemakanan yang berstatus ṭayyib dianggap sebagai satu prasyarat atau hanya dianggap sebagai nilai tambah di dalam Islam? III. Apakah minimum kriteria ṭayyib yang perlu dipenuhi dalam setiap pemakanan mengikut perspektif syarak?

Lihat perincian...
Akidah 2025
278
Assalammualaikum WBT.. Adakah Ibu Tiri boleh mendapat bahagian dalam pembahagian faraid sekiranya anak tiri perempuan meninggal dunia? Jika ya, berapakah jumlah bahagian beliau. Jika tidak, bolehkan anak tersebut menghibahkan sebahagian harta yang ada kepada beliau?

Lihat perincian...
Faraid 2025
800
Assalamualaikum dan terima kasih Ustaz/ustazah. Soalan saya. Apakah hukum bagi ibu yang menyusukan anak yang berniat untuk puasa qadha ganti tetapi tidak bangun sahur dan apabila bangun dari tidur , berniat untuk membatalkan niat puasa qadha kerana risau akan kemudaratan diri( lemah dan tidak bertenaga) akibat tidak bersahur. Adakah di kira berdosa besar mengikut hukum orang yang sengaja meninggalkan puasa qadha dengan sengaja atau di beri keringanan(rukhsah) seperti mana hukum ibu hamil/ibu yang menyusukan anak semasa bulan ramdhan. Terima kasih

Lihat perincian...
Ibadah 2025
220
Assalamualikum ustaz/ustazah, Saya nak tanya apa ye hukum sewaktu kita nampak tanah perkuburan, kita bagi salam dan boleh ke sewaktu itu kita terus baca al-fatihah untuk mereka?

Lihat perincian...
Wakaf 2025
278
Assalamualaikum Saya ingin bertanya. Adakah sah wuduk saya apabila saya tidak melafazkan niat dalam hati. Pada masa dahulu, saya hanya membasuh muka tetapi telah menetapkan bahawa basuhan muka itu adalah wuduk bukan basuhan biasa. Adakah telah hadir niat sebenarnya yang menjadi rukun wuduk. Adakah sah wuduk tersebut. Jikalau tidak sah adakah saya perlu mengulangi solat-solat terdahulu. Saya jahil dahulu. Mohon pencerahan. Terima kasih

Lihat perincian...
Ibadah 2025
426
Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanya tentang hukum jual beli emas dengan pemilik kedai emas bukan muslim. Sekiranya jual beli itu dilakukan dengan penerangan yang telus dan terang tentang harga jualan kepada pembeli Islam, adakah ia tetap dikira bertentangan dengan konsep bermuamalat di dalam Islam?

Lihat perincian...
Muamalat 2025
2275
Assalamualaikum wbt.. Maaf terlebih dahulu kalau cara saya bertanya ini salah tatacaranya. Tuan Mufti, isteri saya buat tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di Kluang disebabkan saya tidak memberikan nafkah. Dia sudah lantik peguam dan kalau tidak salah 29 hb ini akan berlaku fasakh kata isteri saya. Untuk pengetahuan Tuan Mufti saya bekerja sebagai broker tanah. Ada yang jadi dan tidak. Tetapi semenjak saya disihir (sihir pemisah dan sihir pemusnah) semua kerja tidak menjadi, ada sahaja seribu satu musibah walaupun saya buat dengan ikhlas kerana Allah. Saya tidak salahkan apa yg Allah sudah berikan. Malah saya buat macam-macam kerja tetapi memanjang masalah dan musibah. Tambahan pula sihir itu melalui makanan. Saya sudah kenal pasti sumber cuma tidak boleh tahu siapa dalangnya. Sebab setiap kali balik dari situ (rumah keluarga) mula seribu satu musibah. Bila suruh isteri jangan ke sana atau saya buat helah mengelak, macam biasa khutbah bukan Jumaat berjam-jam. Saya tidak cerita semua disini cuma saya hendak tanya sah atau tidak tuntutan fasakh bila ada sihir terlibat dan bila orang ketiga masuk campur untuk bercerai. (Pendirian saya susah macam mana pun jangan bercerai, biar cerai mati bukan hidup.) Mohammad Faizal Abdul Rahim

Lihat perincian...
Munakahat 2025
655
Assalamualaikum wbt, Saya ingin memohon penjelasan berkenaan hukum haid dan istihadhah. Berikut adalah catatan tarikh dan keadaan saya : Saya haid 16hb hingga 20hb. Kemudian saya solat sebab dah kuning cair saya anggap itu keputihan. Setelah 4 hari sunyi tiada darah yg keluar. Tiba-tiba, 26hb keluar merah/coklat gelap. Pada mulanya saya syak itu haid tapi bila saya bersihkan kemaluan dan seluk kapas hanya ada noda "kuning cair". Saya pun anggap ini darah istihadhah tapi sehingga 29hb saya masih keluar coklat dan pada siang hari 29hb pukul 2 saya tengok ada keluar darah lagi. Bau dan warnanya memang darah. saya kini keliru dan tertekan adakah ini HAID atau ISTIHADHAH? Mohon jasa baik pihak Mufti memberikan penjelasan. Jazakallahu khairan. Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2025
534
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, YBhg Sahibus Samahah Dato’, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasaran Modal Islam (ICM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), kini sedang dalam proses menyemak semula metodologi penyaringan Syariah untuk sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia. Namun, fokus kajian semakan ini adalah mengenai operasi pawagam. Untuk makluman Sahibus Samahah Dato’, isu berkaitan pawagam telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC sejak tahun 2000 di mana aktiviti pawagam diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah dengan tanda aras tertentu. Namun, mengambil kira perkembangan semasa dalam industri hiburan termasuk pawagam, pihak MPS SC kini sedang meneliti semula sama ada aktiviti pawagam perlu dikekalkan atau dikeluarkan daripada senarai aktiviti yang tidak patuh Syariah di bawah tanda aras 20%. Untuk pemahaman pihak Sahibus Samahah Dato’ juga, dalam penyaringan pematuhan Syariah berkaitan dengan aktiviti pawagam ini, sekiranya pendapatan sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti pawagam melebihi daripada tanda aras 20%, maka sekuriti syarikat tersebut diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah oleh MPS SC. Sehubungan dengan itu, pihak kami melampirkan persoalan berkaitan perkara ini sebagaimana di atas dan pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan daripada pihak Sahibus Samahah Dato’ mengenainya. Pihak kami juga amat terbuka dan berbesar hati untuk mengatur sesi perbincangan bersama pihak Sahibus Samahah Dato’ untuk menerangkan dengan lebih lanjut perkara ini, pada masa yang sesuai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut diperlukan, pihak Sahibus Samahah Dato’ boleh menghubungi sayadi talian 03-6204 8310 atau melalui emel di SurianiS@seccom.com.my. Sekian, terima kasih.

Lihat perincian...
Lain-lain 2025
273
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya ingin bertanya bkenaan hutang puasa arwah mak saya. Mak saya di diagnose cancer paru2 & tiroid stage 4 pada bln 6 2022. Arwah mak saya baru saja meninggal pada 23 Januari 2025. Ada yg bgtau sakit syar'i tidak perlu bayar fidyah. Jadi saya hendak pastikan untuk arwah emak saya, dikena bayar fidyah atau tidak. Terima kasih

Lihat perincian...
Lain-lain 2025
380
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya ingin meminta tolong dan menjelaskan panduan. Terlebih dahulu ingin saya menyatakan yang diri ini tidaklah amanah dalam melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah selama 8 tahun kebelakangan ini. Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin ditanyakan: 1. Solat - Bagaimana panduan terbaik untuk mengqada' solat yang telah ditinggalkan selama 8 tahun? - Pada waktu manakah boleh mengqada' solat tersebut? 2. Puasa - Diri ini telah meninggalkan puasa selama 8 tahun. Adakah dibolehkan untuk berpuasa berturut-turut selama 8 bulan sebagai ganti? - Apakah niat yang perlu dilafazkan? - Selain berpuasa, adakah perlu membayar fidyah? Jika ya, berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar untuk tempoh 240 hari (8 tahun x 30 hari)? 3. Zina - Adakah cukup sekadar bertaubat nasuha untuk dosa ini? - Jika pernah melihat aurat seseorang, adakah perlu meminta maaf kepada individu tersebut? Berharap urusan untuk memperbaiki diri dipermudahkan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua usaha orang yang ingin kembali ke jalan yang diredai Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2025
191
Assalamualaikum w.b.t. Saya Sa'dullah bin Zakaria dari Batu Pahat, Johor ingin bertanya tentang hukum menjalani rawatan berhenti merokok di Klinik Kesihatan Kerajaan. Sedikit sebanyak berkenaan kaedah awal perawatan adalah dengan menyedut/menghisap mesin kiraan carbon. Adakah kaedah ini termasuk dalam hal-hal yang membatalkan ibadah puasa? Diharapkan pihak Jabatan Mufti Johor dapat memberikan jawapan dan panduan penuh berkenaan kemusykilan ini. Sekian, terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2025
265
Assalamualaikum Tuan mufti dan staff jabatan mufti. Saya ada dengar berkaitan mandi bunga atau urutan badan dapat membantu golongan TTC (Trying To Conceive) atau pasangan yang berusaha untuk hamil untuk cepat dapat anak. Apakah pandangan dari segi agama berkaitan perkara ini? Mohon pencerahan Sekian terima kasih

Lihat perincian...
Perubatan 2025
210
Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Ledang. Pihak pengurusan kedua-dua gunung ini mewajibkan pembelian insurans yang disertakan dalam bayaran masuk. Setahu saya, insurans ini haram. Adakah saya diharamkan untuk saya mendaki gunung tersebut? Terima Kasih.

Lihat perincian...
Lain-lain 2025
1018
Assalamualaikum w.b.t, Tuan Mufti / Pegawai Bertugas, Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan status lafaz yang saya ucapkan kepada isteri saya. Baru-baru ini, saya bergaduh dengan isteri. Dalam pergaduhan itu, isteri saya berkata: “Saya nak cari bekas teman lelaki saya semula.” Kemudian saya menjawab: “Kalau betul awak nak cari dia, saya akan lepaskan awak.” Soalan saya: Adakah lafaz saya itu dikira sebagai talak (sama ada talak taklik atau talak secara tergantung)? Apakah kesannya jika isteri benar-benar melakukan perkara yang disebutkan? Saya memohon penjelasan supaya saya dapat memahami kedudukan sebenar dari sudut syarak. Sekian, terima kasih atas perhatian pihak tuan. Wassalam. Nama: Akid No. Telefon: 014-9596939

Lihat perincian...
Munakahat 2025
314
Assalamualaikum Tuan, Mohon pencerahan mengenai keadaan terkini orang Islam tentang bab aurat. Adakah atas nama sukan hiburan pertandingan orang Islam bolih mendedahkan aurat? Sekian terima kasih.

Lihat perincian...
Sosial 2025
485
Assalamualaikum Tuan/Puan Saya Amanina. Saya ada pertanyaan mengenai sertu. Jika makanan haiwan atau ubatan haiwan mengandungi babi, perlu ke sertu selepas bersentuhan dengan ubat atau makanan tersebut? Sebab saya ada baca dari ustaz azhar idrus mengatakan tak perlu kerana ianya sudah tidak zahir/nyata. Harap dapat memberi maklum balas kepada saya. Terima kasih

Lihat perincian...
Ibadah 2025
497
Assalamualaikum tuan mufti dan ahli jabatan mufti Soalan : Dalam persoalan ini ada seorang bapa mertua pernah bermain nombor ekor dan memenangi dalam cabutan nombor ekor tersebut. Jikalau dia munggunakan duit tersebut untuk memulakan perniagaan ( sebahagian daripada modal )dan kemudian menggunakan keuntungan daripada perniagaan tersebut untuk memberi/belanja makan, apakah hukum mengambilnya? Atau memakan daripada sumber yang seperti itu? Mohon pencerahan tuan mufti Sekian terima kasih

Lihat perincian...
Muamalat 2025
1638
PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM SUSUAN MAHRAM BAGI ANAK ANGKAT Assalamualaikum w.b.t., Saya Yuana Mazlan dari Johor Bahru. Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Jabatan Mufti Johor berkenaan hukum susuan mahram bagi anak angkat. Situasi saya: • Anak angkat saya kini berusia 1 tahun 3 bulan. • Saya berhasrat untuk menyusukan beliau supaya terjalin hubungan mahram dengan suami saya. • Saya sedang berusaha untuk menghasilkan susu badan semula (relaktasi). Soalan saya: 1. Adakah mencukupi syarat 5 kali kenyang susuan jika susu badan yang diberi bercampur dengan susu formula (contoh: 1 oz susu ibu + 4 oz susu formula dalam satu sesi)? 2. Apakah panduan rasmi mengikut Mazhab Syafi’i di Malaysia berkaitan isu ini? 3. Bagaimana cara terbaik untuk mendokumentasikan susuan tersebut supaya sah di sisi syarak dan undang-undang? Saya mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan agar saya dapat melaksanakan perkara ini dengan betul menurut hukum syarak. Sekian Terima Kasih, Yuana.

Lihat perincian...
Munakahat 2025
250
Assalamualikum ustaz/ustazah, Saya nak tanya apa ye hukum sewaktu kita nampak tanah perkuburan, kita bagi salam dan boleh ke sewaktu itu kita terus baca al-fatihah untuk mereka?

Lihat perincian...
Ibadah 2025
166
Assalamualaikum w.b.t. Tuan/puan. Nama saya Nurul Ain Binti Ghazali. PERKARA : Wasiat Aset / Barang Persatuan ( NGO ) PENERANGAN RINGKAS *************************** Persatuan saya mempunyai 8 orang Ahli Jawatankuasa Persatuan di tubuhkan untuk menggerakkan kerja- kerja dakwah seperti menganjurkan selawat dan majlis - majlis ilmu. Sumber kewangan persatuan adalah daripada tajaan korporat dan infaq daripada orang ramai. Di antara perbelanjaan yang di buat adalah membeli pa system, michrophone, screen projector, handphone pengurusan dan sebagainya. SOALAN ******** 1. Jika salah seorang daripada Ahli Persatuan meninggal dunia dan persatuan tidak lagi mahu di teruskan. Kepada siapa barang dan aset perlu di wasiatkan? 2. Adakah barang - barang infaq atas niat dan akad untuk dijalankan kerja - kerja persatuan boleh di gunakan untuk urusan peribadi Ahli Jawatankuasa? Apakah hukumnya? Cth : PA System yang di beli atas niat untuk majlis ilmu, tetapi di gunakan untuk majlis perkahwinan anak Ahli Jawatankuasa. Mohon Maklumbalas dan pencerahan. Terima Kasih

Lihat perincian...
Wakaf 2024
135
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya mengenai satu trend jual beli yang agak popular di platform online shopping iaitu “Mystery Box”. Dalam jual beli ini, pembeli akan membeli sebuah kotak yang tidak diketahui isinya secara pasti. Soalan saya, adakah dibenarkan bagi umat Islam untuk terlibat dalam jual beli tersebut, memandangkan pembeli tidak mempunyai kepastian tentang barangan yang bakal diterima? Terima kasih.

Lihat perincian...
Muamalat 2024
112
Assalamualaikum.. Saya merupakan seorang penilai hartanah, tugas seorang penilai hartanah adalah menentukan harga bagi sesebuah hartanah sama ada dalam bentuk rumah, kilang, mahupun shoping kompleks, selain itu tugas penilai hartanah juga adalah menyediakan laporan penilaian bagi pihak bank/pemohon pinjaman bank. Soalannya adalah adakah saya termasuk dalam 4 golongan terlibat riba' iaitu peminjam, pemberi pinjam, saksi dan pencatat pinjaman. Selain itu, adakah ejen hartanah juga termasuk dalam golongan 4 golongan tadi kerana ia terlibat secara langsung dalam menguruskan pinjaman bagi pihak bagi pihak pinjaman bank. Terima kasih.

Lihat perincian...
Muamalat 2024
391
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Saya, Fakhruddin bin Sharil, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Pengkhususan Biologi), dari Universiti Malaya berhajat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan berkenaan dengan Subjek Penulisan Ilmiah (SIX3001) yang saya sedang ikuti semester ini dibawah tajuk "Utilization of Insects and its derivative as food and feed resources - level of permissibility in Islam". Para Ulama' berselisih pendapat berkenaan dengan isu memakan serangga dan penggunaan produk makanan berasaskan serangga, contohnya seperti vitamin yang diperbuat daripada serangga dan banyak lagi contoh lainnya. Jadi saya ingin bertanya, apakah pendapat pihak Tuan berkenaan dengan hukum penggunaan serangga dalam bentuk makanan dan bagaimana pihak Tuan membuat penilaian status kebolehmakanan serangga dan produk berasaskan serangga ini? Apakah dalil atau rujukan yang diambil kira oleh pihak Tuan? Selain itu, terdapat soalan lain yang timbul berkaitan dengan ini isu ini: 1. Serangga kotor dan jijik seperti lipas haram dimakan. Jadi adakah bahan yang dihasilkan daripada serangga ini seperti 'chitin' yang dari segi saintifiknya terbukti memberi manfaat juga haram diambil? (Jika kita hanya mengambil bahan yang baik sahaja tanpa mengambil keseluruhan serangga tersebut). Apakah pendapat pihak Tuan berkenaan dengan ini dan bagaimana pihak Tuan membuat penilaian, beserta rujukan atau dalil yang diguna pakai? 2. Adakah terdapat sebarang hukum jika memberi binatang ternakan seperti ayam, lembu dan lain-lainnya memakan serangga? 3. Jika binatang ternakan seperti lembu diberi makan serangga yang kotor atau haram dimakan manusia, apakah hukum kita memakan daging lembu tersebut adakah boleh digunakan konsep istihalah dalam hal ini? 4. Serangga yang habitat asalnya adalah kotor tetapi sekarang diternak dan dikawal dalam persekitaran yang bersih dan diberi makan makanan yang bersih. Adakah boleh terjadinya perubahan hukum dari haram kepada harus/halal jika serangga tersebut dikonsumi oleh manusia dalam bentuk makanan? 5. Sekarang dengan kemajuan teknologi sains, serangga berbisa seperti kala jengking kita boleh mengubah genetiknya dan menghasilkan serangga baru yang tidak mempunyai bisa. Apakah pendapat pihak Tuan jika serangga ini digunakan dalam produk makanan atau suplemen? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan mohon pencerahan bagi semua soalan saya ini. Sekian, Terima kasih.

Lihat perincian...
Lain-lain 2024
1138
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. Seperti yang kita tahu, hukum bekerja berkait dengan arak secara langsung adalah diharamkan. Bagaimana pula jika kita bekerja dalam syarikat yang menyediakan servis tidak langsung pada pengurusan arak, rokok dan babi? Contoh: Syarikat A merupakan syarikat pembangunan sistem untuk proses Import dan Export. Sistem ini diguna oleh pelbagai syarikat untuk Import dan Export pelbagai barang termasuk arak, rokok dan babi. Soalan: 1. Apakah hukum kita bekerja di syarikat A? 2. Adakah hukumnya terletak pada peratus barangan halal dan haram yang terlibat? 3. Bagaimana pula sekiranya kita tidak dapat kenal pasti peratus barangan halal dan haram yang terlibat? adakah dimaafkan atau sebaliknya? Mohon pencerahan. Sekian, Terima kasih

Lihat perincian...
Muamalat 2024
1335
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, diawal haid, seringkali saya mendapatkan cairan berwarna kekuningan. Hal itu terus berlangsung sehari, dua sampai tiga hari. Setelah itu keluar darah. Apakah hari-hari sewaktu keluar cairan berwarna kekuningan termasuk haid atau bukan? Diakhir haid, setelah keluar cairan berwarna kekuningan. Apakah ini juga termasuk haid atau bukan?

Lihat perincian...
Ibadah 2024
350
Assalamualaikum Tuan, Nama saya Mohd Taufik dan menjalankan perniagaan membuat produk-produk laser cut. Antara produk-produk laser cut yang kami keluarkan seperti kaligrafi ukiran laser, plak-plak hadiah dan ukiran gambar laser. Saya mempunyai kemusykilan mengenai membuat ukiran gambar orang di atas kayu dari segi sudut hukum islam dan gambar itu di letakkan atau digantung sebagai hiasan. Untuk pengetahuan Tuan, ukiran gambar laser adalah sama konsep dengan printing gambar diatas kertas cuma proses dan medium yang berlainan dan gambar tersebut tidak berbayang. Soalan saya apakah hukum nya membuat ukiran gambar orang dengan ukiran laser ni adakah dibolehkan atau dilarang dalam agama?

Lihat perincian...
Lain-lain 2024
125
Assalamualaikum. Saya ada masalah dengan Bilal di masjid kampung saya di mana ketika solat berjemaah rukun qauli nya terlalu kuat terutama ketika membaca fatihah. Saya rasa begitu terganggu dah hilang kekhusyukan. Bolehkan saya solat berjemaah di masjid lain. Adakah saya berdosa jika saya berjemaah di masjid lain masjid kampung saya tak dapat medirikan solat jemaah kerana jemaah tidak cukup 2 orang. Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2024
7668
Assalamulaikum WBT.. Ustaz, mohon bertanya tentang kegusaran saya sepanjang minggu ini. Situasinya, Malam semalam anjing baring diatas lantai simen halaman rumah saya (anjing selalu lalu lalang dibelakang rumah) dan kata ibu saya anjing tersebut meninggalkan kesan basah pada tempat itu, keesokan hari, ibu saya terus membasuh tempat itu dengan menabur tanah dikawasan tersebut dan menyiramnya sahaja dengan air yang sepatutnya bukan begitu cara untuk menyertu. Jadi bagaimana hukumnya ustaz? Soalan 1 Adakah percikan air basuhan hasil dari cucian ibu saya itu najis? Dan kalau ya, air tersebut telah terpercik kemana-mana, bahkan ibu saya sekadar kaki ayam ketika membasuh tempat itu? Soalan 2 Apakah perlu saya menyuruh ibu saya menyertu kakinya dan barangan yang terkena percikan air tadi dan bagaimana pula dengan pakaian, dan alatan lain yang bersentuhan dengan kaki ibu saya yg berkaki ayam tersebut? Adakah juga perlu disertu? Masih berkaitan dngan situasi diatas. Saya sudah menyertu dengan benar halaman rumah saya dan air memercik kemana-mana. Saya ingin bertanya, Soalan 3 Adakah air percikan sertu itu najis dan menjangkiti barang-barang yang ada disitu? Soalan 4 Perlukah saya menyertu barang-barang yang terkena air percikan sertu tersebut termasuklah kaki saya yang terkena percikan air tersebut? Soalan 5 Dan perlukah juga saya menyertu setiap tapak selipar saya yang sudah terpijak tempat baring anjing tersebut dan kalau perlu sertu, saya telah menggunakan selipar tersebut untuk mandi dan memakainya ketika masuk kedalam tandas dan kadangkala saya terpijak tapak selipar tersebut dengan tapak kaki saya. Soalan 6 Perlukah saya sertu tapak kaki saya dan lantai tandas saya? Tetapi sebelumnya kaki saya sudah terkena tempat-tempat lain seperti tempat tidur, pakaian,dan lain-lain. Adakah perlu ikut disertu barangan tersebut? Soalan 7 Saya terpijak bekas/tempat baring anjing yg meninggalkan kesan basah di atas simen menggunakan tapak selipar, lalu saya bawa /pakai selipar itu ke dalam tandas yang semestinya dalam keadaan basah. Adakah tapak selipar saya dan lantai tandas itu menjadi najis dan apa-apa benda yang mengenai/terkena selipar dan lantai itu dlm keadaan basah akan menjadi najis? Ianya terjadi kepada saya beberapa hari lalu dan kalau menjadi najis, perlukah saya menyertu semua barangan di dalam tandas itu atau biarkan sahaja kerana alatan-alatan dalam tandas sudah pernah terkena lantai dan selipar saya tersebut? Saya selalu was-was dan ragu terhadap perkara ini sehingga menganggu akiviti seharian saya kerana penat memikirkannya. Soalan terakhir saya. Bolehkah saya mengikuti mazhab lain ketika saya dalam situasi yang betul-betul was-was yang menyatakan bahawa anjing itu tidak najis. Tidakkah itu dikira darurat? Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2024
5680
Assalamualaikum WBT.. Saya seorang pelajar. Situasinya begini, bilik kami tidak bertikar dan selalu memakai kasut di dalamnya. Suatu hari, saya berjalan dan saya terpijak bekas tapak kaki anjing yang basah dan bertanah di atas simen/ mozek. Saya terpijaknya pada tapak kasut saya. Selepas pada itu, saya masuk ke dalam bilik saya menggunakan kasut tadi. Persoalnnya : 1) Apakah selipar/kasut saya bernajis kerana saya sudah yakin terpijak bekas tapak kaki anjing yang basah dan bertanah di atas simen tersebut pada tapak kasut saya. 2) Adakah lantai bilik saya juga turut bernajis? Kerana saya telah membawa/memakai kasut di dalam bilik tersebut.. 3) Dan kalau lantai itu bernajis, saya sdh pernah terpijaknya dengan tapak kaki saya yang basah. Apakah saya perlu menyertu kaki/ saya? Bagaimana pula dengan seluar, kerusi, bahkan tempat tidur saya dan alatan-alatan lain yang terkena lantai dan kaki saya yang basah itu? Adakah perlu di sertu juga? Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2024
212
Assalamualaikum, Saya ada soalan berkenaan dengan cukur rambut bayi dan ditimbang mengikut nilaian emas/perak untuk disedekahkan. Saya mempunyai dua orang anak: 1. Lahir pada tahun 2020 2. Lahir pada tahun 2022 Keduanya telah dicukur rambut ketika bayi tetapi belum ditimbang mengikut nilaian emas/perak kerana kekangan kewangan. Aqiqah telah dibuat untuk keduanya pada tahun 2023. Soalan saya: 1. Bolehkah ibadah timbangan rambut bayi mengikut nilaian emas/perak utk kedua-dua anak dilaksanakan pada tahun 2024? 2. Jika boleh, nilaian timbangan rambut itu perlu mengikut nilaian terkini pada tahun 2024 atau mengikut kadar pada tahun kelahiran anak (2020 & 2022)? 3. Bolehkah nilaian tersebut disedekahkan kepada ahli keluarga (ibu-bapa atau adik beradik)? Sekian soalan saya. Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2024
188
Assalammualaikum WBT.. Saya mempunyai temu janji di hospital berkaitan dengan penyakit mental saya. Saya ingin bercakap tentang hubungan peribadi saya dengan keluarga kerana merupakan salah satu punca penyakit mental saya. Islam menyuruh supaya tidak mendedahkan dosa-dosa yang telah ditutup oleh Allah kepada orang lain. Berapa banyak yang boleh saya katakan tanpa menentang Islam? Saya mahukan rawatan tetapi saya tidak mahu melanggar mana-mana hak yang Allah telah berikan kepada saya dan orang lain. Sila jelaskan tentang cara betul berkongsi maklumat semasa sesi psikiatri/psikologi mengikut Islam. جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا

Lihat perincian...
Lain-lain 2024
641
Assalammualaikum WBT.. Situasi Setiap bulan suami memberi sejumlah wang untuk keperluan keluarga kepada isteri. Wang ini untuk kegunaan bulanan keluarga bagi keperluan makan minum dan lain-lain. Keperluan asas lain seperti bil api air,kereta,rumah telah diselesaikan oleh suami. Perlukah suami lafaz kepada isteri jumlah nafkah. CONTOH: ini wang nafkah kamu sebanyak 500. Terima kasih.

Lihat perincian...
Munakahat 2024
122
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya .. Apakah hukum mencabut rumput-rumput yang berada di atas kubur (pusara)? Ada yang menyatakan bahawa sekiranya dicabut perkara tersebut adalah tidak baik. Mohon penjelasan. Terima kasih..

Lihat perincian...
Lain-lain 2024
1578
Assalamualaikum w.b.t, Ustaz, Saya mempunya persoalan berkaitan pelaksanaan solat berjemaah/ jumaat, di mana saya mempunya masalah apabila hendak menunaikan solat secara berjemaah/jumaat, diri saya akan mengalami perasaan berdebar-debar dan terasa ingin membuang air kecil. Perasaan tersebut telah mengganggu saya untuk melaksanakan solat secara jemaah. Pernah saya terpaksa keluar daripada SAF apabila mengalami keadaan tersebut. Saya telah cuba untuk menyelesaikan 'hajat' dan berdiri di SAF belakang, namun perasaan itu tidak dapat dibendung. Saya juga telah menjalankan pemeriksaan kesihatan namun tiada apa yang serius berkaitan kesihatan saya. Jadi persoalannya, apa hukum sekiranya saya tidak hadir ke solat jumaat dan menunaikan solat zohor di rumah? Adakah saya akan dikategorikan sebagai munafik sebab tidak hadir ke solat jumaat 3 kali berturut-turut? Mohon penjelasan daripada pihak Ustaz berkaitan isu ini agar dapat membantu saya. Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2024
129
Assalamualaikum. Saya seorang suami dan mempunyai ibu yang tinggal bersama di rumah saya. Akan tetapi sejak berkahwin, ibu saya sering mencari kesalahan isteri walaupun atas perkara yang tidak munasabah, dan mengatakan isteri saya seorang isteri yang tidak baik. Contohnya saya ingin bersama-sama isteri melawat ibubapa isteri saya, tetapi tiap kali itu juga ibu saya menunjukkan ketidakpuasan hati dan ibu saya menuduh saya dipaksa meninggalkan dirinya. Saya juga mempelawa untuk membawa ibu saya bersama, tetapi ibu saya menolak dan enggan berbaik dengan ibubapa mertua saya walaupun mereka telah cuba berbaik dengan ibu saya. Contoh lain, Isteri saya juga meminta izin dari ibu saya untuk menjemput ibu bapa isteri saya datang ke rumah saya, tetapi ibu saya menuduh isteri saya cuba menghalau dirinya dan membenci isteri saya. Kami telah cuba pelbagai cara untuk membaiki hubungan antara ibu saya dengan isteri saya & ibubapa isteri saya, tetapi ibu saya enggan bekerjasama dan memaki hamun kami. Ibu saya berkeras tanpa kompromi bahawa anak lelaki wajib mentaati segala kehendak ibu dan tidak boleh mempersoalkan tuntutan itu walau seperti berlaku tidak adil tanpa mempedulikan isteri saya.  Ibu saya juga memburuk burukkan isteri saya dengan bercerita kepada ibu-ibu saudara saya dan mereka kini turut membenci isteri dan ibu bapa isteri saya yang tidak bersalah, sehingga sanggup menghina keturunan contohnya "keling beranak jumaat maka taruklah nama syed sharifah"..  Persoalannya, adakah ibu saya berlaku zalim terhadap saya, isteri saya atau ibubapa isteri saya, atau saya masih perlu patuh pada kehendaknya (tidak melawat mertua, tidak membaiki hubungan ibu dengan mertua, dan sbg nya). Apakah tindakan yang wajar untuk saya ambil. Adakah saya perlu berpindah dari rumah saya supaya dapat hidup aman dengan isteri, atau bercerai atau teruskan tinggal bersama isteri dan ibu, atau apa apa tindakan lain. Saya telah cuba mencari jawapan untuk persoalan ini bertahun (hak isteri kepada suami apabila ibu berlaku tidak adil dan kejam kepada anak dan menantu) tetapi tidak mendapat jawapan yang jelas. Saya meminta jasa baik pihak mufti untuk khidmat nasihat kerana saya telah kebuntuan. Saya cuma ingin keluar dari perbuatan berdosa & mencari kebahagian dalam hidup. Terima kasih. Assalamualaikum.

Lihat perincian...
Munakahat 2023
324
Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya suami kepada isteri yang bekerja dengan salah satu Hospital Kerajaan di Kuala Lumpur. Setiap tahun beliau perlu menghadiri Kursus Kerja selama 2 atau 3 hari di tempat yang ditetapkan. Kursus ini lebih kepada program Team Building yang mana setiap aktiviti perlu dibuat bersama-sama antara peserta lelaki dan perempuan. Masalahnya ada aktiviti yang dilaksanakan akan terjadi persentuhan fizikal antara sesama mereka disebabkan aktiviti itu sendiri yang memerlukan setiap peserta bercampur baur dan rapat. Aktiviti di dalam kolam atau sungai juga dilakukan bersama sesama mereka semasa berada di dalam air, ini pastinya mendedahkan aurat wanita apabila pakaian basah. Selain itu aktiviti persembahan pada waktu malam pula ada yang melibatkan tarian dan nyanyian di atas pentas campur lelaki wanita. Mohon pencerahan dan Jawapan, apa yang sepatutnya saya sebagai suami lakukan. Sekian Terima Kasih

Lihat perincian...
Munakahat 2023
248
Assalamualaikum WBT.. Adakah ilmu Tauhid Tiga bercanggah dengan tauhid Ahlussunnah Waljamaah

Lihat perincian...
Akidah 2023
143
Assalamualaikum.. Saya hendak tahu hukum bina kepuk sementara di kubur. Terima kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2023
285
Assalamualikum, Saya ada 2 soalan. 1. Dahulu zaman covid saya tiada kerja, jadi saya trading Forex, selepas tahu hukumnya haram saya berhenti trading Forex. Tetapi saya terima hadiah daripada syarikat Forex (botol air, baju dan lain-lain). Soalan, adakah saya boleh mengunakan hadiah tersebut sekarang, atau haram hukumnya? Danperlu membuang barang tersebut? 2. Zaman saya jahil, saya ada mencuri di IKEA, dan masih mengunakan barang tersebut sehingga hari ni (bantal, cadar, selimut dan peralatan rumah yang lain), sekarang sudah bertaubat. Apa yang perlu saya lakukan, adakah perlu membuang barang-barang tersebut atau boleh mengunakan barang-barang tersebut? Saya tidak tahu bagaimana cara untuk membayar kepada pihak IKEA. Terima Kasih.

Lihat perincian...
Lain-lain 2023
156
Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan untuk sedikit pemahaman tentang braces dan kikis gigi. Atas pemahaman saya, braces diharuskan dan kikis gigi adalah haram. Tujuan asal saya memakai braces adalah kerana saya mempunyai gigi taring kiri dan kanan. Setelah 2 tahun memakai braces doctor memberitahu saya perlu trim atau kikis beberapa percelahan gigi untuk membetulkan kedudukan gigi sedia ada (gigi kedepan dan bentuk gigi tidak rata). Apakah boleh atau tidak saya meneruskan rawatan yang dicadangkan doktor saya? Saya masih was-was dengan tindakan ini. Saya harap saya boleh dapatkan sedikit penjelasan lebih lanjut tentang isu saya. Terima kasih, assalamualaikum.

Lihat perincian...
Akidah 2023
129
Assalammualaikum ustaz/ustazah. Saya Fadzila ingin bertanya soalan berkenaan hukum menjual insurans. Saya bekerja di salah sebuah institusi perbankan hampir 6 tahun sebagai insurans specialist iaitu menjual produk insurans konvensional di bank. Apakah hukum menjual insurans? Adakah gaji yang saya terima haram? Dan jika haram perlukah saya meletakkan jawatan saya di institusi perbankan tersebut? Terima kasih ustaz/ustazah

Lihat perincian...
Akidah 2023
147
Assalamualaikum, Saya ada soalan. Pada pandangan Islam, apakah maksud jika ada anak ular hitam masuk ke dalam rumah? Jumlahnya boleh seekor, boleh juga lebih. Seterusnya, dari segi Islam, apa yang sepatutnya kita lakukan jika nampak ular di dalam rumah. Boleh terus bunuh atau ada cara lain? Terima kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2023
132
Assalamualaikum Ustaz. Mohon penjelasan berkaitan hukum Imam solat berjemaah di masjid/surau menggunakan mikrofon ketika berzikir dan berdoa selepas solat fardu sehingga mengganggu jemaah/makmum yang masbuk atau satu kumpulan solat berjemaah yang baru. Dan hukum program membudayakan Al Quran yang menggangu solat berjemaah yang lewat di masjid/surau. Sekian terima kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2023
116
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ‎Maaf, saya ingin bertanya. Dalam Al-Quran menyebut bahawa kita perlu berbuat baik kepada ibubapa. Soalan saya, adakah kita perlu taat pada ibu bapa selain berbuat baik?

Lihat perincian...
Akidah 2023
148
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ‎Maaf, Saya ingin bertanya. Kita perlu meyakini kewujudan perkara ghaib, seperti Jin. Soalan saya, apakah hukum atau perlu ke kita mengetahui urusan ghaib seperti jampi jin, ataupun mengkaji alam ghaib seperti kalau buat sesuatu atau membela haiwan peliharaan sesuatu dia(jin) marah yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran atau Hadis? Supaya mengelakkan diri daripadanya ataupun tidak mengetahui supaya tidak terjerumus? Terima Kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2023
145
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ‎Maaf, Saya ingin bertanya. Siapakah sebenarnya Ashabul Kahfi itu dan agamanya? Maaf, kerana bertanya isu ini namun hal ini menjadi isu yang hangat dan saya sangat memerlukan penjelasan supaya tak tersalah ilmunya. Terima Kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2023
3057
Assalamualaikum WBT.. Ustaz/Ustazah.. Apakah makna akidah, fiqh dan akhlak? Terima kasih..

Lihat perincian...
Akidah 2022
10219
السَّلاَمُ عَلَيْكُمَْ Ustaz/Ustazah, Saya Norzila bagi pihak sahabat2 wanita ingin mengemukakan satu soalan berkaitan eddah wanita yg kematian suami. 2. Persoalan berhubung perkara ini timbul apabila sahabat-sahabat wanita ingin pergi menziarahi balu sahabat yang telah meninggal dunia bagi tujuan menyampaikan sumbangan. 3. Walaubagaimana pun kami dimaklumkan oleh salah seorang sahabat wanita dalam whatsapp group bahawa haram jika berbuat demikian. Di sini saya copy paste secara penuh ayat sahabat wanita tersebut: "Kalu ikut hukum edah Balu tu x blh berjmpa dengan sesiapa lagi kecuali anak-anak dan waris terdekat Itu pun kena tengok kepentingan. Saya hendak bagitau apa yg saya tahu, ayat 234 surah Al Baqarah, Allah menetapkan hukum sangat ketat untuk balu. Makna kata, kalau kita pergi ziarah balu ini, dengan kita-kita yang pergi ziarah pun hukumnya berdosa. Tidak ramai yang tahu tentang hukum edah balu kematian suami. Balu tidak boleh berhubung dengan orang luar tanpa ada keperluan. Waktu 4 bln 10 hari ini masa dia beruzlah dgn Allah sahaja. Tiada komunikasi dengan dunia luar kalau ikut tadabbur ayat 234 ini. Dinasihatkn berhubung dengan anak arwah, minta nombor akaun mak dia. Kita transfer lebih baik. Kalau kita yang sudah tahu hukum ini, pergi juga, kita berdosa, dia yang terima kita sebagai tetamu pun berdosa." "Allah maha mengetahui niat hati kita. Ada pahala disitu sebab kita tahan niat kita hendak ziarah. Allah tahu niat kita hendak tegakkan hukum. Waktu ini bukan masa untuk ziarah balu allahyarham. Kita doakn dari jauh, baca ayat quran untuknya. Itu yg terbaik." 4. Justeru itu saya memohon bantuan pihak tuan yang lebih arif untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini kerana kami benar-benar keliru. 5. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar, Norzila

Lihat perincian...
Munakahat 2022
145
Assalamualaikum WBT.. Ayah mertua kawan meninggal dunia pada Jumaat lepas.. ibu mertuanya dapat panggilan umrah pada mingggu hadapan.. Bayaran dan pengurusan telah dibuat lama sebelum ni.. Ditakdirkan suaminya meninggal dunia Jumaat lepas.. Jadi bolehkah beliau meneruskan ke umrah sepertimana yg telah dirancang tersebut? Terima kasih Ustaz.

Lihat perincian...
Ibadah 2022
109
Ibu saya ada membeli sebuah rumah. Dlm S&P.di letakan nama Ibu dan salah seorang anak. Dlm Geran juga tertulis nama Ibu dan anak itu sbg pemilik (1/2.1/2).. Ibu telah meninggal dunia. Kalau ikut Pejabat Tanah, pemilik tanah dan rumah itu adalah Ibu dan anak tsb. Soalan saya 1. Mengikut Hukum adakah pemilik rumah itu milik Ibu semuanya ATAU Ibu (1/2 Bhg) dan anak tsb (1/2 Bhg) walaupun Ibu membayar harga rumah semuanya. Bagaimana pula jika anak tsb juga ada membayar sama 2. Sekiranya pembahagian ikut Hukum Faraid, adah pembahagian hanya Bhg Ibu saja atau keseluruhannya. Terima kasih.

Lihat perincian...
Faraid 2022
118
Assalamualaikum. Suami saya minta tolong saya tanyakan bagi pihak beliau kerana beliau seorang OKU penglihatan dan sukar menaip sendiri(kerana penglihatan yag sangat terhad). Suami saya telah disahkan menghidap benign brain tumor pada 2018 dan pembedahan telah dibuat.Beliau mengalami komplikasi di mana penglihatan beliau sangat kabur dan beliau dikategorikan sebagai legally blind oleh pihak perubatan.Beliau mengahdapai kesukaran untuk bergerak sendiri di luar rumah. Apakah hukumnya jika beliau tidak menunaikan Solat Jumaat?Beliau selalu risau berkenaan hal ini tetapi beliau tidak dapat pergi sendiri.Buat masa ini beliau telah berpencen atas sebab kesihatan dan membantu membuat kerja di rumah.Saya juga bekerja dan perjalanan pergi dan balik kerja ambil masa 1 jam ke 1 jam setengah bergantung kepada trafik. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2022
136
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu Mufti yang dihormati. Kemusykilan: Pasangan (salah seorang itu muallaf dari UK) telah bernikah di Johor Bahru dan pernikahan berdaftar dengan maij johor, setelah semakan status. Dia menjalankan tanggungjawab yang dituntut oleh syarak. Setelah beberapa tahun pernikahan, dia memberitahu dia berfahaman Ahmadi. Isterinya telah cuba memperbetul fahamannya ini namun tidak berjaya. Jadi mereka meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. Masih sahkah pernikahan setelah isteri tersebut mengetahui hal sebenarnya. Suaminya tidak berganjak dari fahaman tersebut dan tidak mau campurtangan sesiapa dalam hal kefahamannya untuk diperbetulkan. Mas'alah sekiranya didapati tidak sah: 1. Suami akan dihantar pulang ke UK kerana dia bukan warga negara. Dia kini OKU setelah kehilangan kaki pada tahun 2017 dan tiada siapa yang boleh membantu beliau sekiranya dihantar pulang keUK. Isteri yang membawa suami untuk temujanji perubatan di hospital awam. Diatas nasihat keluarga, isteri diminta memberitahu pihak berwajib untuk mendapatkan panduan untuk diri isteri tersebut, agar tidak bercanggah dengan hukum.

Lihat perincian...
Akidah 2022
4804
Assalammualaikum WBT.. Boleh saya tahu pandangan ustaz tentang hukum membuat kebuk di atas pusara ayah/ibu yang telah meninggal dunia?

Lihat perincian...
Lain-lain 2022
1413
Assalamualaikum WBT.. Ustaz/ustazah. Saya mahu bertanya. Saya mahu melakukan aqiqah bagi anak perempuan saya yang baru lahir. Saya ade buat tempahan cattering dan set aqiqah bagi katering tu kambing tersebut akan dimasak secara golek/kambing golek. Tapi ada yang mengatakan tidak boleh dan perlu dimasak manis jugak. Jadi pertanyaan saya bolehkan kambing aqiqah tersebut dimasak secara kambing golek dan sah atau tidak aqiqah saya tersebut. Terima kasih

Lihat perincian...
Ibadah 2022
145
Assalamualaikum tuan mufti, Saya ingin bertanya apakah hukum mengeluarkan zakat pelaburan/pendapatan daripada hasil pelaburan/pendapatan forex online trading.Semoga tuan mufti dapat mengulas akan isu ini. Saya bertanya kerana ramai kawan saya menjadi jutawan hasil dari trade forex online dan mereka mengeluarkan zakat.

Lihat perincian...
Muamalat 2022
110
Assalamualaikum, Semoga Allah merahmati Dato' Mufti, seluruh AJK Fatwa dan seluruh kakitangan Pejabat Mufti. Saya Afyan Mat Rawi, daripada Gombak. Saya ingin bertanyakan secara spesifik, tentang syarikat Atomy Malaysia yang dimiliki oleh Atomy Co Ltd di Korea yang menjalankan Missiniori Kristianisasi di Korea. Apakah hukum menyertai dan mempromosi perniagaan bersama Atomy Malaysia? Respon daripada Pejabat Mufti, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Lihat perincian...
Muamalat 2022
134
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya apakah hukum mengeluarkan zakat pelaburan/pendapatan daripada hasil pelaburan/pendapatan forex online trading. Semoga tuan dapat mengulas akan isu ini. Saya bertanya kerana ramai kawan saya menjadi jutawan hasil dari trade forex online dan mereka mengeluarkan zakat.

Lihat perincian...
Akidah 2022
99
Assalam Ustaz. Boleh saya tahu pandangan ustaz tentang hukum membuat kebuk di atas pusara ayah/ibu yang telah meninggal dunia? Maafkan saya kerana kurang ilmu agama. Terima kasih.

Lihat perincian...
Akidah 2022
108
Assalamualaikum Suami saya seorang OKU penglihatan dan sukar menaip sendiri (penglihatan yang terhad) Suami saya disahkan menghidap benign brain tumore pada 2018 dan pembedahan telah dibuat. Beliau mengalami komplikasi di mana penglihatan beliau sangat kabur dan beliau dikategorikan sebagai legally blind oleh pihak perubatan. Beliau menghadapi kesukaran untuk bergerak sendiri di luar rumah. Apakah hukumnya jika beliau tidak menunaikan solat jumaat? Beliau selalu risau berkenaan hal ini tetapi beliau tidak dapat pergi sendiri. Buat masa ini beliau telah berpencen atas sebab kesihatan dan membantu membuat kerja rumah. Saya juga bekerja dan perjalanan pergi dan balik kerja ambil masa 1 jam ke 1 jam setengah bergantung kepada trafik. Mohon pencerahan Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2022
150
Assalamualaikum wbt. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor. Waktu kerja saya adalah syif 12 jam bermula 8 pagi hingga 8 malam. Dan setiap 1 minggu akan tukar kepada syif 8 malam hingga 8 pagi. Hari jumaat adalah cuti tapi majikan arah pekerja perlu masuk lebih waktu. Dan pada setiap kali waktu Jumaat tidak diberi pelepasan kepada pekerja lelaki muslim keluar solat jumaat. Adakah situasi saya di atas dibenarkan untuk tidak solat Jumaat atau saya perlu berhenti dan cari kerja lain?

Lihat perincian...
Ibadah 2022
126
Assalamualaikum Soalan saya : Bolehkah dihilangkan najis ketika berwuduk contohnya jika terdapat najis cicak di kaki bolehkah kita berwudhuk iaitu membasuh kaki sekaligus membersihkan najis tersebut? Kerana terdapat dua pandangan dalam mazhab syafie. Bolehkah saya mengambil pandangan imam Nawawi berkenaan wudhuk dapat mensucikan najis dan mengangkat hadas.

Lihat perincian...
Ibadah 2022
858
Assalamualaikum WBT.. Saya Zamri hendak bertanyakan soalan. Bolehkah percepatkan atau mengundur bacaan quran yg didengar di kaset, vcd dan sebagainya? Dan bolehkah tutup jika tidak mahu mendengarnya?

Lihat perincian...
Lain-lain 2021
2685
Assalamualaikum WBT.. Saya Zamri hendak bertanya soalan. Bolehkah solat taubat atas dosa buat zalim kepada haiwan dan membunuh haiwan. Bolehkah solat taubat satu kali sahaja atas semua dosa yg telah dilakukan kepada haiwan? Terima kasih.

Lihat perincian...
Ibadah 2021
530
Assalamualaikum WBT.. Saya ingin minta pendapat. Boleh ke saya namakan anak lelaki saya dengan Akbar sahaja. Terima kasih.

Lihat perincian...
Lain-lain 2021
941
Assalamualaikum Jabatan Mufti Johor, Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan maklum balas atas pertanyaan saya. Terdapat beberapa kemusykilan dan mohon penjelasan Jabatan Mufti. 1. Adakah perbuatan/perlakuan Rasulullah S.A.W sebelum dilantik menjadi Rasul adalah sunnah. 2. Adakah benar menyapu muka selepas solat adalah daripada pandangan Mazhab Syafii. Mohon pencerahan Jabatan Mufti dan segala maklum balas amat dihargai. Wassalam Mohamad Norhisham Bin Mohd Salleh Kluang, Johor D.T

Lihat perincian...
Lain-lain 2021
3694
Assalamualaikum w.b.t. Saya ada beberapa persoalan berkenaan harta pusaka.Ibu dan kakak saya baru sahaja meninggal dunia dan tidak sempat menyediakan apa-apa wasiat berkaitan dengan peninggalan harta mereka. Antara harta peninggalan yang ada adalah wang simpanan di bank, wang tunai, 1 biji rumah dan barang kemas. Untuk makluman, urusan bayaran untuk pengebumian, pelunasan atau pembayaran hutang arwah telah berjaya diselesaikan oleh waris tanpa menggunakan wang peninggalan arwah. Persoalan: 1. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk wang simpanan di bank dan wang tunai tidak dibahagikan secara faraid tetapi digunakan sepenuhnya untuk diwakafkan/disedekahkan/dibayar zakat bagi pihak arwah, adakah ianya dibenarkan mengikut syarak? 2. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk barang kemas peninggalan arwah tidak dibahagikan secara faraid tetapi diberikan kepada anak dan adik perempuan yang lain, adakah ianya dibenarkan oleh syarak? 3. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk rumah peninggalan tersebut tidak dibahagikan secara faraid tetapi dijadikan sebagai rumah pusaka, adakah ianya dibenarkan oleh syarak? Terima kasih atas jawapan yang diberikan.

Lihat perincian...
Faraid 2021