Perincian Soal Jawab Agama
Ibadah
Assalamualaikum WBT..
Ustaz/ustazah. Saya mahu bertanya.
Saya mahu melakukan aqiqah bagi anak perempuan saya yang baru lahir. Saya ade buat tempahan cattering dan set aqiqah bagi katering tu kambing tersebut akan dimasak secara golek/kambing golek. Tapi ada yang mengatakan tidak boleh dan perlu dimasak manis jugak. Jadi pertanyaan saya bolehkan kambing aqiqah tersebut dimasak secara kambing golek dan sah atau tidak aqiqah saya tersebut.
Terima kasih
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.
Ibadah Aqiqah merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Hukum membuat aqiqah adalah sunat apabila ibu bapa menyambut kelahiran anak sama ada lelaki atau perempuan.
Sunnahnya, daging aqiqah hendaklah dimasak dengan masakan yang manis dan diberi makan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan keluarga. Tujuan daging tersebut dimasak dengan masakan yang manis supaya elok dan baik akhlak anak tersebut.
Adalah tidak menjadi kesalahan dan sah aqiqah tersebut sekiranya dimasak secara kambing golek dan hendaklah diletakkan madu supaya ada rasa manis bagi meraikan sunnah Nabi SAW.
Sekian terima kasih.
والله أعلم بالصواب