Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Ibadah
Assalamualaikum Soalan saya : Bolehkah dihilangkan najis ketika berwuduk contohnya jika terdapat najis cicak di kaki bolehkah kita berwudhuk iaitu membasuh kaki sekaligus membersihkan najis tersebut? Kerana terdapat dua pandangan dalam mazhab syafie. Bolehkah saya mengambil pandangan imam Nawawi berkenaan wudhuk dapat mensucikan najis dan mengangkat hadas.
Assalamualaikum Terima kasih atas soalan saudara, Seeloknya hendaklah dibuang dan dihilangkan ain najis itu dahulu agar 3 sifatnya bau warna dan rasa dapat dihil;angkan sebelum mengambil wudhuk. Ini lebih selamat dan yakin serta dapat menghilangkan was-was. Untuk pengetahuan, wudhuk hanya dapat mengangkat hadas kecil, manakala mandi wajib dapat mengangkat hadas besar dan kecil. Selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan wudhuk ketika mandi. Sekian Terima Kasih.