Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Muamalat
Assalamualaikum, Semoga Allah merahmati Dato' Mufti, seluruh AJK Fatwa dan seluruh kakitangan Pejabat Mufti. Saya Afyan Mat Rawi, daripada Gombak. Saya ingin bertanyakan secara spesifik, tentang syarikat Atomy Malaysia yang dimiliki oleh Atomy Co Ltd di Korea yang menjalankan Missiniori Kristianisasi di Korea. Apakah hukum menyertai dan mempromosi perniagaan bersama Atomy Malaysia? Respon daripada Pejabat Mufti, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Waalaikumussalam Terima kasih atas soalan Tuan Berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah sadd adz-dzari’ah (Menutup Pintu Kerosakan) bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar kepada agama, umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan apa-apa perniagaan yang menyumbang kepada gerakan anti Islam. Ketetapan ini adalah berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah: الضرر يزال (Kemudaratan hendaklah dihilangkan) dan; درء المفاسد أولى من جلب المصالح (Membendung kerosakan lebih utama daripada mengambil manfaat) Bagi mengelakkan apa jua keraguan dan was-was adalah lebih baik berurusniaga dengan perniagaan yang jelas matlamat dan tujuannya. Wallahualam