Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Faraid
Ibu saya ada membeli sebuah rumah. Dlm S&P.di letakan nama Ibu dan salah seorang anak. Dlm Geran juga tertulis nama Ibu dan anak itu sbg pemilik (1/2.1/2).. Ibu telah meninggal dunia. Kalau ikut Pejabat Tanah, pemilik tanah dan rumah itu adalah Ibu dan anak tsb. Soalan saya 1. Mengikut Hukum adakah pemilik rumah itu milik Ibu semuanya ATAU Ibu (1/2 Bhg) dan anak tsb (1/2 Bhg) walaupun Ibu membayar harga rumah semuanya. Bagaimana pula jika anak tsb juga ada membayar sama 2. Sekiranya pembahagian ikut Hukum Faraid, adah pembahagian hanya Bhg Ibu saja atau keseluruhannya. Terima kasih.
Asalamualaikum Tuan Perkara di atas adalah di rujuk Untuk makluman pihak tuan, mengikut hukum jika bayaran harga rumah itu di bayar bersama ibu dan anak maka pemilikannya adalah bersama 50:50 Jika ibu membuat hibah kepada anak dengan 1/2 bahagian berkenaan di beri kepada anak, maka jadi pemilikan bersama ibu dan anak (50:50) Jika tidak maka anak hanya sekadar penama sahaja, rumah di bahagikan sebagai pusaka sepenuhnya Sekian, untuk makluman tuan.