Perincian Soal Jawab Agama
Munakahat
Assalammualaikum WBT..
Situasi
Setiap bulan suami memberi sejumlah wang untuk keperluan keluarga kepada isteri. Wang ini untuk kegunaan bulanan keluarga bagi keperluan makan minum dan lain-lain. Keperluan asas lain seperti bil api air,kereta,rumah telah diselesaikan oleh suami.
Perlukah suami lafaz kepada isteri jumlah nafkah.
CONTOH: ini wang nafkah kamu sebanyak 500.
Terima kasih.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Terima kasih kerana mengemukakan soalan.
Pemberian nafkah untuk ahli keluarga merupakan tanggungjawab seorang suami dan bapa. Pemberian nafkah tersebut tidak memerlukan kepada lafaz yg kusus kerana sememangnya ia menjadi tanggungjawab suami atau bapa.
Pemberian tersebut mestilah dengan rasa ikhlas.
والله أعلم بالصواب