Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Lain-lain
Assalammualaikum WBT.. Saya mempunyai temu janji di hospital berkaitan dengan penyakit mental saya. Saya ingin bercakap tentang hubungan peribadi saya dengan keluarga kerana merupakan salah satu punca penyakit mental saya. Islam menyuruh supaya tidak mendedahkan dosa-dosa yang telah ditutup oleh Allah kepada orang lain. Berapa banyak yang boleh saya katakan tanpa menentang Islam? Saya mahukan rawatan tetapi saya tidak mahu melanggar mana-mana hak yang Allah telah berikan kepada saya dan orang lain. Sila jelaskan tentang cara betul berkongsi maklumat semasa sesi psikiatri/psikologi mengikut Islam. جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Sabar Dan Redha.. Nabi SAW bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah "Wahai anak Adam jika kamu mampu bersabar dan redha ketika ditimpa masalah, maka Aku tidak akan meredhai bagimu ganjaran melainkan Syurga". Dalam Hadis yang lain Nabi SAW bersabda "Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu seiring dengan kesabaran. Jalan keluar selari dengan kesukaran. Dan selepas satu kesulitan pasti ada kemudahan". Justeru Islam menganjurkan kepada umatnya agar tidak membuka aib orang lain sama ada mereka itu dikalangan ahli keluarga atau tidak. Dalam menghadapi situasi yang tuan lalui tuan tidak perlu menggunakan nama atau status keluarga ketika mana berbincang dengan pegawai psikologi yang ketika mana membuat rawatan. Cukuplah sekadar menggunakan istilah (ada orang cakap), (dia cakap), (dia kata) tanpa menyebut namanya dan siapa dia. Sekian, terima kasih. والله أعلم بالصواب