Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Akidah
Assalamualaikum WBT.. Adakah ilmu Tauhid Tiga bercanggah dengan tauhid Ahlussunnah Waljamaah
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih atas soalan yang diajukan. Ilmu tauhid tiga ini bercanggah dengan fahaman Ahlusunnah Wal Jamaah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang diwartakan pada tahun 2017. Hal ini kerana pembahagian tauhid kepada tiga ini dikhuatiri lebih pada natijahnya iaitu: Tauhid Rububiyyah - dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa orang kafir juga mempunyai tauhid. Tauhid Uluhiyyah - dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawasul, beristighasah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama Islam khasnya ulama empat mazhab. Tauhid Asma’ dan As Sifat - kefahaman mereka terhadap tauhid ini dengan mengisbatkan sifat-sifat Allah dalam ayat-ayat mutasyabihat boleh membawa kepada fahaman Tajsim dan Tasybih. Oleh yang demikian, saudari dinasihatkan agar kita sama-sama memastikan fahaman yang dipelajari itu selaras dengan pegangan Ahli sunnah wal jamaah seperti pendekatan Sifat 20 dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut berkenaan fatwa negeri Johor berkenaan fahaman wahabi, boleh klik ke pautan ini; https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/paparan_detail_fatwa.php?id=197 والله أعلم بالصواب.