Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Faraid
Assalammualaikum WBT.. Adakah Ibu Tiri boleh mendapat bahagian dalam pembahagian faraid sekiranya anak tiri perempuan meninggal dunia? Jika ya, berapakah jumlah bahagian beliau. Jika tidak, bolehkan anak tersebut menghibahkan sebahagian harta yang ada kepada beliau?
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Dalam kitab Minhaj Thalibin, Imam Nawawi menyatakan bahawa sebab-sebab seseorang layak untuk mewarisi harta pusaka ada 3: a)Nasab (pertalian darah) b)Nikah c)Al-Wala’ Rujukan: Minhaj Thalibin (m/s 180) Nasab bermaksud hubungan kekeluargaan antara pewaris (si mati) dan waris-waris yang berlaku melalui pertalian darah. Mereka terdiri daripada al-furuʿ (anak dan cucu), al-usūl (bapa dan datuk), al-ḥawāshiyy (adik-beradik dan pakcik & makcik) serta lain-lain yang berkaitan. Mereka boleh mewarisi harta pusaka sama ada secara bahagian tertentu (fard) atau secara ‘asabah. Berdasarkan soalan yang diberikan, ibu tiri tidak mendapat harta pusaka kerana tidak memenuhi kriteria sebab-sebab seseorang itu layak untuk mewarisi pusaka. Namun, ahli waris boleh memberikan hibah dari harta pusaka yang mereka miliki kepada ibu tiri atas dasar kasih sayang dan tolong menolong. Allah berfirman: وَءَاتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ “Dan dia memberikan harta yang dicintainya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 177) والله أعلم