Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Muamalat
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya mengenai satu trend jual beli yang agak popular di platform online shopping iaitu “Mystery Box”. Dalam jual beli ini, pembeli akan membeli sebuah kotak yang tidak diketahui isinya secara pasti. Soalan saya, adakah dibenarkan bagi umat Islam untuk terlibat dalam jual beli tersebut, memandangkan pembeli tidak mempunyai kepastian tentang barangan yang bakal diterima? Terima kasih.
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Jual beli seperti ini tidak diharuskan dan terbatal di sisi hukum syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik yang diterima 'Uruf.Pada dasarnya jual beli barangan yang tidak spesifik mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud "Sesungguhnya Rasullullah SAW melarang jual beli Al-Hashoh (melempar batu) dan jual beli gharar (ketidakjelasan)" Riwayat Muslim (1513). Sekian, terima kasih. Wallahu 'Alam.