Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Muamalat
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. Seperti yang kita tahu, hukum bekerja berkait dengan arak secara langsung adalah diharamkan. Bagaimana pula jika kita bekerja dalam syarikat yang menyediakan servis tidak langsung pada pengurusan arak, rokok dan babi? Contoh: Syarikat A merupakan syarikat pembangunan sistem untuk proses Import dan Export. Sistem ini diguna oleh pelbagai syarikat untuk Import dan Export pelbagai barang termasuk arak, rokok dan babi. Soalan: 1. Apakah hukum kita bekerja di syarikat A? 2. Adakah hukumnya terletak pada peratus barangan halal dan haram yang terlibat? 3. Bagaimana pula sekiranya kita tidak dapat kenal pasti peratus barangan halal dan haram yang terlibat? adakah dimaafkan atau sebaliknya? Mohon pencerahan. Sekian, Terima kasih
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه Terima kasih saudara atas soalan yang dikemukakan. Hukum berkerja di Syarikat A adalah harus kerana syarikat tersebut menguruskan proses import dan export bukan khusus untuk arak. Adapun jika didapati sebahagian syarikat menggunakan syarikat A untuk memproses import dan export arak, maka ia berada diluar kawalan pekerja. Namun jika syarikat A sememangnya menguruskan import dan export khusus untuk arak, maka bekerja di syarikat tersebut adalah haram tanpa ragu. Kemudian, jika bercampur peratus halal dan haram tetapi tidak dapat ditentukan, maka ia tidak haram, tetapi makruh kerana ditakuti terjatuh dalam perkara haram. Kami juga menasihatkan berusahalah mencari pekerjaan yang tiada sebarang syubhah dan haram agar jiwa sentiasa tenang dan mendapat keredaan Allah. والله سبحانه وتعالى أعلم