Loading...

Perincian Soal Jawab Agama

Ibadah
Assalamualaikum WBT.. Saya Zamri hendak bertanya soalan. Bolehkah solat taubat atas dosa buat zalim kepada haiwan dan membunuh haiwan. Bolehkah solat taubat satu kali sahaja atas semua dosa yg telah dilakukan kepada haiwan? Terima kasih.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Berbuat zalim dan membunuh haiwan merupakan perbuatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh orang Islam. Islam menyarankan agar kita berbuat baik kepada semua makhluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Justeru, tindakan tuan melakukan solat taubat adalah tidak menjadi satu kesalahan bahkan perlu diikuti dengan keazaman untuk tidak melakukan lagi perbuatan zalim tersebut. Terima kasih. والله أعلم بالصواب