Perincian Soal Jawab Agama
Lain-lain
Assalammualaikum WBT..
Boleh saya tahu pandangan ustaz tentang hukum membuat kebuk di atas pusara ayah/ibu yang telah meninggal dunia?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.
Hukum Dan Pandangan Membuat Kepok Diatas Pusara.
Untuk menjawab persoalan ini perlulah diketahui bahawa hukum asal membuat kepungan atau binaan/kepok di atas pusara dalam kawasan tanah yang diwakafkan adalah haram manakala mengapur atau menulis sesuatu di atasnya adalah makruh.
Namun terdapat pengecualian kepada hukum asal yaitu ia boleh berubah menjadi harus apabila bertujuan untuk menjaga dan memelihara pusara daripada hakisan daripada air atau disebabkan struktur tanah yang lembut dan pencerobohan binatang liar, seperti dikorek binatang,atau khuatir daripada dipijak orang. Hanyalah ia tidak boleh keterlaluan dengan binaan mewah yang mempunyai unsur-unsur pembaziran yang dilarang.
Binaan ini juga disyaratkan untuk dibina diperkarangan tanah kubur si mati dan ditegah untuk mengambil ruang yang telalu banyak supaya tidak mengganggu tanah kubur lain.
Terima kasih
والله أعلم بالصواب