Perincian Soal Jawab Agama
Akidah
Assalam Ustaz.
Boleh saya tahu pandangan ustaz tentang hukum membuat kebuk di atas pusara ayah/ibu yang telah meninggal dunia? Maafkan saya kerana kurang ilmu agama.
Terima kasih.
Waalakumsalam warahmatullah wa barakatuh,
Untuk menjawab persoalan ini perlulah diketahui bahawa hukum asal membuat kepungan atau binaan.kepok di atas pusara dalam kawasan tanah yang diwakafkan adalah haram manakala mengapur atau menulis sesuatu di atasnya adalah makruh.
Namun terdapat pengecualian kepada hukum asal iaitu ia boleh berubah menjadi harus apabila bertujuan untuk menjaga dan memelihara pusara daripada hakisan daripada air atau disebabkann struktur tanah yang lembut dan pencerobohan binatang liar, seperti dikorek binatang, atau khuatir daripada dipijak orang. Binaan tersebut tidak boleh keterlaluan dengan binaan mewah yang mempunyai unsur-unsur pembaziran yang dilarang.
Binaan ini juga disyaratkan untuk dibina dikawasan tanah kubur si mati sahaja dan ditegah untuk mengambil ruang yang terlalu banyak supaya tidak menganggu tanah kubur lain.
Walahualam