Perincian Soal Jawab Agama
Lain-lain
Assalamualaikum WBT..
Saya Zamri hendak bertanyakan soalan.
Bolehkah percepatkan atau mengundur bacaan quran yg didengar di kaset, vcd dan sebagainya?
Dan bolehkah tutup jika tidak mahu mendengarnya?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.
Mendengar bacaan Al-Quran merupakan salah satu daripada aktiviti yang berfaedah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Adalah tidak menjadi satu kesalahan dan dibolehkan mendengar bacaan Al-Quran menggunakan kaset atau vcd secara mempercepatkan atau mengundurkan.
Jika telah selesai mendengar dan ingin menutup maka dibolehkan.
Terima kasih
والله أعلم بالصواب