Perincian Soal Jawab Agama
Akidah
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya apakah hukum mengeluarkan zakat pelaburan/pendapatan daripada hasil pelaburan/pendapatan forex online trading. Semoga tuan dapat mengulas akan isu ini. Saya bertanya kerana ramai kawan saya menjadi jutawan hasil dari trade forex online dan mereka mengeluarkan zakat.
Asalamualaikum
Pertamanya, Perdagangan Matawang (FOREX) mempunyai pelbagai gambaran dan bentuk. Tulisan ini memfokuskan pada bentuk Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) melalui platfom elektronik yang sudah difatwakan haram dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98.
Kenyataanya seperti berikut:
“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara”.[1]
Justeru, mana - mana sumber hasil dari pendapatan yang haram maka ia adalah haram dan zakat tidak wajib dikeluarkan
Walahualam.