Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BAGI MEMINDAHKAN KUBUR DIATAS LOT 655 YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK PERLEBARAN SUNGAI SEGAMAT,MUKIM POGOH,SEGAMAT,JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. “Kubur-kubur yang ada di atas tanah Rizab kubur lot 655 Mukim Pogoh, Segamat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah (PBT) oleh pihak (JPS) bagi tujuan projek pelebaran Sungai Segamat adalah merupakan tanah wakaf dan hukumnya tidak boleh dijual beli, hendaklah dijaga kehormatannya dan sebagainya 2. Memindahkan kubur yang terdapat di atas tanah rizab kubur lot 655 Mukim Pogoh, Segamat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah PBT oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) bagi projek pelebaran Sungai Segamat atas tujuan maslahah umum adalah harus menurut hukum syarak. perpindahan ini dilakukan adalah untuk memuliakan mayat dengan dipindahkan ke tempat yang lebih baik 3. Keharusan pemindahan dengan menggunakan kaedah berikut : a. Kaedah istibdal syarie dengan mewajibkan pihak pemohon mencari kawasan lain sebagai gantian tapak kawasan yang hendak digunakan bagi tujuan projek pelebaran Sungai Segamat tersebut dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan syarat : i. Nilaian tanah tersebut lebih tinggi atau sama dengan tanah yang digunakan ii. Luas tanah tersebut Lebih besar atau sama dengan tanah yang di Gunakan iii. Lokasi tanah tersebut hendaklah sesuai sebagai tapak kubur dan dalam kampung berkenaan sekiranya tiada keperluan di kampung berkenaan maka bolehlah di mana-mana kawasan dalam Mukim tersebut, sekiranya tiada keperluan dalam Mukim tersebut maka bolehlah di mana-mana Mukim daerah Segamat atau mana-mana daerah dalam negeri Johor Darul Takzim b. Sekiranya syarat-syarat yang pertama (istibdal syarie) Tidak dapat dilaksanakan dengan sebab-sebab syarie, maka pihak pemohon hendaklah membayar pampasan mengikut harga semasa sebagaimana yang ditetapkan oleh pejabat penilaian negeri Johor atau lebih tinggi lagi dan wang tersebut diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor di dalam Tabung Amanah amwal badal (gantian) bagi tujuan membeli satu kawasan lain dalam Mukim berkenaan dan sekiranya tiada keperluan di Mukim tersebut maka bolehlah di mana-mana kawasan dalam daerah Segamat atau mana-mana daerah dalam negeri Johor Darul Takzim sebagai gantian kawasan tapak kubur yang sedia ada ini c. Istibdal syarie ini hendaklah melalui sighah dan hujah diantara pemohon dan Majlis Agama Islam Negeri Johor iv. pihak yang berwajib hendaklah memastikan terlebih dahulu jumlah kuburan yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) dengan apa cara yang boleh membantu Pengesanan tersebut v. pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya memberi pandangan bahawa kawasan Yang terlibat dengan pemindahan itu Mungkin terdapat lebih daripada 3 nisan yang perlu dipindahkan. vi. pekerja yang akan melakukan yang penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. vii. segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh pemohon. 1. sewaktu pemindahan mayat-mayat dari kubur ke tempat atau kawasan lain dijalankan syarat-syarat berikut hendaklah diikuti : i. pekerja yang terlibat dalam pemindahan ini hendaklah berniat bahawa kerja-kerja ini dilakukan demi kepentingan dan kemaslahatan umum kerana Allah Taala. ii. kerja-kerja pemindahan hendaklah dilakukan dengan penuh cermat dan teliti berhati-hati dengan penuh adab dan disiplin. iii. pekerja pekerja pemindahan hendaklah beragama islam dan menutup aurat iv. sekiranya ada waris kepada mayat-mayat yang dikebumikan di kawasan yang tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka (waris) v. sebelum kerja-kerja pemindahan kubur dilakukan hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (cawangan Hal Ehwal dalam) Pejabat Kesihatan dan pihak polis vi. Semasa kerja-kerja pemindahan di lakukan hendaklah dihadiri oleh: a. Kadi Daerah Atau Wakil b. Polis Penghulu c. Ketua Kampung d. Pegawai Pejabat Kesihatan e. Pengerusi Masjid Atau Wakil f. Imam Masjid g. Mereka Yang Difikirkan Perlu Oleh Penghulu i. sebelum kerja-kerja pemindahan kubur dilakukan dicadangkan diadakan Majlis Tahlil dan doa arwah bagi dihadiahkan kepada arwah yang telah dikebumikan Nah perkuburan tersebut juga membaca doa selamat agar segala kerja-kerja yang akan dijalankan berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan halangan. ” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI