Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEROBOH BANGUNAN SURAU LAMA DIATAS PTD 32094 TAPAK KEBAJIKAN AGAMA ISLAM TAMAN ANGGERIK, MUKIM TEBRAU, JOHOR BAHRU, JOHOR BAGI TUJUAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Bangunan surau lama diatas PTD 32094 tapak kebajikan Agama Islam Taman Anggerik, Mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor harus dirobohkan mengikut hukum syarak bagi tujuan pembinaan sekolah agama”. Justeru itu perkara-perkara berikut hendaklah diikuti: i. Perkakas surau lama diatas PTD 32094 tapak kebajikan Agama Islam Taman Anggerik, Mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor yang akan dirobohkan untuk pembinaan sekolah agama hendaklah disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang atau digunakan untuk pembinaan sekolah agama baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang itu telah ditawarkan kepada tempat tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualanya hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor bagi menggalakan tujuan wakaf masyarakat Islam Taman Anggerik.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI