Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM ORANG ISLAM MENZIARAHI KUBUR ORANG ISLAM
Setelah dilihat dengan penuh teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut: “Hukum orang bukan Islam menziarahi kubur ahli keluarga, saudara mara atau kenalan rapat yang beragama Islam adalah Harus dengan syarat mengikut adab-adab dan peraturan menziarahi kubur. Walaubagaimanapun, hukum orang bukan Islam menziarahi kubur orang Islam dengan tujuan pelancongan atau tujuan-tujuan lain selain daripada menziarahi kubur ahli keluarga, saudara mara atau kenalan rapat yang beragama Islam, maka hukumnya adalah dilarang. Hukum orang bukan Islam menziarahi kubur orang Islam dengan tujuan pelancongan atau tujuan-tujuan lain selain daripada menziarahi kubur ahli keluarga, saudara mara atau kenalan rapat yang beragama Islam, maka hukumnya adalah dilarang berdasarkan kepada alasan-alasan berikut: i. Tidak menepati tujuan asal galakan menziarahi kubur iaitu untuk mengingati kematian dan hari akhirat. ii. Sukar dikawal seperti etika berpakaian dan percampuran antara lelaki dan perempuan. iii. Dibimbangi akan membuka ruang kepada perbuatan-perbuatan tidak menghormati kubur dari segi tutur kata dan kelakuan. iv. Dibimbangi akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’ seperti memuja kubur, meletakkan duit dan makanan untuk pelbagai hajat atau sebagainya

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI