Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

STATUS CORAK MENYERUPAI KALIMAH ALLAH PADA BARANGAN JENAMA MINISO BARE BEARS
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengesahkan perkataan WE pada barangan MINISO BARE BEARS tersebut menyerupai kalimah لله. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor juga percaya adanya unsur-unsur penghinaan terhadap kalimah Allah yang boleh menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam. Justeru itu, semua barangan yang tertera perkataan WE BARE BEARS ini adalah dilarang penjualannya dan penggunaannya di Negeri Johor Darul Takzim. Pihak berkuasa hendaklah membuat tindakan yang perlu bagi menyekat barangan yang tertera perkataan WE BARE BEARS tersebut daripada dijual, diedar, dipamer, dipromosi, dibeli dan dimilikin oleh orang awam seterusnya menarik balik barangan ini daripada dipasarkan di Negeri Johor Darul Takzim”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI