Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA TANAH HAK MILIK PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MERSING DI ATAS HSD 3435 PTD 2408 SELUAS 202.340 HEKTAR (500 EKAR) DI RIZAB TADAHAN AIR LABUNG MUKIM TRIANG DAERAH MERSING.
Setelah dilihat dengan penuh teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut: i. Pengambilan tanah bagi tujuan tadahan air adalah bertepatan dengan kehendak Maqasid Syari’ah. ii. Tanah tersebut merupakan hak milik Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing dan bukan tanah wakaf. iii. Oleh kerana tanah itu merupakan tanah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam, maka Jawatankuasa fatwa berpandangan perkara ini perlu dibantu memandangkan ianya melibatkan kebajikan dan kepentingan anak-anak yatim Islam daerah Mersing. iv. Jawatankuasa Fatwa berpandangan, sekiranya pihak kerajaan ingin mengambil balik tanah tersebut, adalah dicadangkan agar pihak kerajaan menggantikannya dengan tapak yang lain demi memastikan kepentingan pemilik diambil kira dengan sewajarnya. v. Memandangkan tanah itu sudah mengeluarkan hasil maka pihak kerajaan dicadangkan agar membayar segala ganti rugi dan memberikan pampasan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing demi kepentingan pertubuhan tersebut. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI