Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA BERHUBUNG CADANGAN MELANTIK AMIL ZAKAT SEBAGAI AGEN KUTIPAN SAHAM WAKAF JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Semua agen kutipan Saham Wakaf Johor adalah diharuskan untuk menerima upah. 2. Wang daripada Al-Ainul Maukuf hasil daripada pembelian saham wakaf tidak boleh diambil untuk membayar upah kepada ejen. 3. Wang upah Amil zakat sebagai ejen kutipan saham wakaf Johor boleh diambil daripada: i. Baitulmal atau ii. Asnaf fisabilillah 4. Wang yang diambil daripada Baitulmal atau Asnaf fisabilillah adalah sebagai pendahuluan dan perlu dipulangkan kepadanya melalui dividen atau keuntungan daripada Al-Ainul Maukuf yang tersebut 5. Kadar pemberian ubah kepada Ejen adalah seperti mana berikut: i. Rm 500,000.00 ke bawah – 5% ii. Rm 500,00.00 hingga Rm 2,000,000.00 – 4% iii. Rm 2,000,000.00 ke atas – 3% 6. Kadar ini boleh dikaji semula dan di rujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI