Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA PEMBINAAN KLINIK WAKAF AN-NUR DI ATAS TAPAK -TAPAK WAKAF MASJID DALAM NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Klinik wakaf An-Nur yang dibina di atas tapak-tapak wakaf masjid dalam negeri Johor tidak perlu membayar sewa mengikut hukum syarak kerana: i. tujuan penubuhan klinik tersebut adalah berdasarkan prinsip kebajikan dalam bidang kesihatan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa khususnya kepada golongan dhaif bukan berdasarkan tujuan keuntungan semata-mata. ii. penubuhan klinik tersebut sebagai medium dakwah bilhal. iii. penubuhan klinik tersebut adalah sebagai satu usaha memperluaskan peranan masjid untuk mencapai matlamat ke arah memasyarakatkan masjid. iv. berperanan menjalankan kerja-kerja secara sukarela sebagai ejen-ejen hospital, klinik-klinik bersalin, pusat-pusat rawatan dan memberikan khidmat-khidmat yang berkaitan dalam Malaysia atau tempat-tempat lain dan untuk menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan, khidmat nasihat kewangan dan khidmat-khidmat berkaitan pertubuhan-pertubuhan berkenaan berdasarkan kepada prinsip-prinsip syarak. v. konsep klinik ini berbeza dengan klinik swasta yang lain walaupun pada dasarnya dari segi operasi dan kaedah perkhidmatan diberikan adalah sama. ini dapat dilihat dari segi sumbangan derma dan wakaf daripada orang ramai sama ada berbentuk wang ringgit mahupun mesin dialisis, tenaga profesional sukarela serta pelbagai bentuk sumbangan lain. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI