Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA TIDAK MEMBENARKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID/SURAU TG. SELABU DARIPADA PEJABAT AGAMA DAERAH MUAR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i.Menarik balik kebenaran solat Jumaat di Masjid Tanjung Selabu buat sementara waktu sehingga pengistiharan sebaliknya dibuat. Ahli qariah hendaklah bersolat Jumaat di masjid lain, dan keutamaannya di masjid berdekatan. ii.Masjid Tanjung Selabu kekal tarafnya sebagai masjid dan tidak diturunkan kepada taraf surau. iii.Sekiranya cukup bilangan jemaah mengikut mazhab syafie maka kebenaran bersolat Jumaat akan dikeluarkan kelak. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI