Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA : I. PERMOHONAN PEMBELIAN BANGUNAN SEDIA ADA BAGI PROJEK BANGUNAN DARUL FURQAN DI TAPAK PTD 170404 DAN PTD 170405 TAMAN DAMANSARA ALIFF, JOHOR BAHRU, JOHOR.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Memandangkan pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor masih belum menerima kebenaran merancang dari pihak berkuasa untuk membina bangunan Darul Furqan di atas tapak PTB 22953 sejak tahun 2013 sehingga menyebabkan peningkatan kos pembinaan semakin meningkat setiap tahun, serta aktiviti Persatuan Qurra’ Negeri Johor yang telah dirancang seperti membuat penyelidikan, mengadakan kursus dan latihan tergendala, justeru diputuskan harus wang yang terkumpul hasil saham wakaf sumbangan orang ramai untuk membangunkan Darul Furqan di tapak PTB 22953 digunakan untuk membeli bangunan siap bagi projek bangunan Darul Furqan di tapak PTD 170404 dan PTD 170405 di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor sebagai ganti Projek Darul Furqan di tapak PTB 22953 tersebut untuk Persatuan Negeri Qurra’ Negeri Johor”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI