Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BERKAITAN ALAT-ALAT/PERHIASAN SEPERTI CINCIN BATU AKIK YANG TERTULIS KALIMAH ALLAH DAN BARANG LOGAM YANG TERTULIS AYAT AL-QURAN YANG DIDAKWA MEMPUNYAI HIKMAH PADA PEMILIKNYA.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut : Mempercayai alat-alat seperti cincin batu akik yang tertulis kalimah Allah dan barang logam yang tertulis ayat Al-Quran, mempunyai hikmah pada pemiliknya sebagaimana dalam kandungan permohonan fatwa adalah berganggah dengan aqidah, syariah dan akhlaq islamiyyah. Oleh itu penggunaan, pemakaian, penjualan, pembelian, penulisan, penyebaran, pemberian dan penyimpanan adalah haram. umat islam hendaklah mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tersebut. bagi mereka yang telah terlibat, maka hendaklah bertaubat dengan segera.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI