Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BAGI MEMINDAHKAN KUBUR-KUBUR ISLAM LAMA LOT 992 MAKAM SULTAN MAHMOOD, DAERAH KOTA TINGGI BAGI PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN MASJID JAMEK KAMPUNG MAKAM
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Jawatankuasa fatwa bersetuju bahawa kawasan tanah yang wujud kubur lama di atas lot 992 makam Sultan Mahmood, daerah Kota Tinggi adalah tanah wakaf perkuburan. 2. Jawatankuasa Fatwa tiada apa-apa halangan di atas cadangan untuk pemindahan kubur-kubur yang bilangannya amat terhad sebagaimana yang telah diperkenankan dan dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni al-Sultan Iskandar la-Hajj, Tunku Mahkota Johor di dalam pertemuan bersama dengan Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Noh bin Gadot, Mufti Negeri Johor, Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Haji Samsudin, Timbalan Mufti Johor dan Jurutera, Jabatan Kerjaraya pada 28.03.2007 di Ibu Pejabat Askar Timbalan Setia Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI