Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGALIHAN KUBUR ISLAM SEDIADA DI BAHU JALAN 300 DARI PERSIMPANGAN JALAN MINYAK BEKU – JALAN SUNGAI AYAM
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Jabatan Mufti Johor tiada halangan apa-apa halangan di atas cadangan untuk pemindahan kubur tersebut. 2. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada: i. Darurat. ii. Maslahah Ammah. iii. Untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada kubur yang akan dipindahkan kekawasan baru yang lebih mulia dan baik. 3. Pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung yang lebih mengetahui jumlah kubur yang ada di kawasan tersebut. 4. Pekerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI