Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN PENGURANGAN TEBUS HAK BAITULMAL 20/99 BAHAGIAN ATAS GERAN GM 359 LOT 3645 MUKIM KESANG, MUAR HARTA PUSAKA : FATIMAH BT OMAR PEMOHON : ZAITON BT MD SHEH
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Berdasarkan kepada segala bukti dan dokumen yang dikemuakan serta sumpah syari’e yang telah dilakukan oleh pemohon bagi segala urusan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk urusan si mati, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan boleh dikurangkan nilai tebus hak Baitulmal sebanyak 20/99 bahagian atas geran GM 359 Lot 3645 Mukim Kesang, Muar daripada nilai semasa tanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor berjumlah RM 11,700.00 kepada RM 5,850.00. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI