Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PEMBANGUNAN WAKAF DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-9 (RMK 9) KE ATAS TANAH WAKAF MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Cadangan pembangunan oleh kerajaan pusat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan pembangunan tanah tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan bagi manfaat yang lebih meluas kepada masyarakat Islam di negeri Johor Darul Takzim adalah dialu-alukan dan diharuskan dengan syarat sekiranya tanah wakaf untuk tujuan asas seperti pembangunan masjid dan tanah perkuburan maka tanah air mukus tersebut hendaklah diganti melalui proses mistik dan iaitu gantian dengan Ain mocof yang lain dengan syarat-syarat tertentu mengikut hukum syarak. 2. Cara Istibdal boleh dilakukan seperti berikut : 2.1 Ain Mauquf yang sedia ada diganti dengan Ain Mauquf yang baru ; atau 2.2 Ain Mauquf yang sedia ada dinilaikan dengan nilaian semasa dan Ain Mauquf tersebut dijual dan wang tersebut dimasukkan ke dalam tabung amwal istibdal di bawah pengendalian Majlis Agama Islam Negeri Johor dan dicari satu Ain Mauquf yang baru dibeli dengan wang tersebut (amwal Istibdal) untuk diwakafkan bagi tujuan sebagaimana yang disebut dalam sighah hujjah wakaf ain Mauquf yang lama seperti untuk pembangunan masjid atau surau 2.3 Sekiranya kewangan untuk membeli Ain Mauquf yang baru tidak mencukupi, maka bolehlah dilakukan sama ada : i. Melalui wang yang diperuntukkan oleh Jabatan Wakaf dimana sebanagiannya diambil untuk membeli Ain Mauquf yang baru ; atau ii. Melalui wang wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor dimana menggunakan wangnya untuk membeli Ain Mauquf yang baru ; iii. Sekiranya kewangan wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak mencukupi, maka bolehlah dibayar secara ansuran. Setelah mencukupi nilai sepenuhnya, maka barulah membeli Ain Mauquf yang baru untuk menyempurnakan hujjah wakaf sebagaimana yang termaktub ; atau iv. Sekiranya pendekatan ai atas tidak dapat dipenuhi, maka bolehlah menggunakan sebahagian wang hasil sewaan daripada bangunan yang akan dibina, untuk membayar secara ansuran. Setelah cukup kadarnya maka barulah membeli Ain Mauquf yang baru. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI