Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN MEMINDAHKAN KUBUR LAMA BAGI PENAMBAKAN TEBING LAUT DAN PEMBANGUNAN PERTANIAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tiada apa-apa halangan dan bersetuju di atas cadangan untuk pemindahan kubur-kubur tersebut. 2. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada darurat. 3. Pihak yang berwajib hendaklah memastikan terlebih dahulu jumlah perkuburan yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) dengan apa cara yang boleh membantu pengesanan tersebut. 4. Pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya mereka memberi pandangan bahawa Kawasan yang terlibat dengan pemindahan itu terdapat lebih daripada 14 buah kubur yang perlu dipindahkan. 5. Pekerja yang melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada meraka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 6. Segala kuasa dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh pemohon. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI