Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGAMBILAN TANAH BAGI TUJUAN PROJEK PEMBINAAN RIZAB UTILITI DIBAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 MUKIM BUKIT BATU DAN SEDENAK, KULAI
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Berdasarkan makluman yang telah diberikan tentang pengambilan balik tanah bagi tujuan projek penanaman paip air dikawasan surau kampung Air Bemban, maka surau ini diberi kebenaran untuk dirobohkan dengan syarat tanah surau ini perlu diistibdalkan, dan dibina bangunan surau yang baru. Hukum istibdal adalah seperti ketetapan berikut: Kaedah istibdal syari dengan mewajibkan pihak pemohon mencari kawasan lain sebagai gantian tapak kawasan yang hendak digunakan bagi pembinaan tersebut dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan syarat: i. Nilaian tanah tersebut lebih tinggi atau sama dengan tanah yang digunakan. ii. Luas tanah tersebut lebih besar atau sama dengan tanah yang digunakan. iii. Lokasi tanah tersebut hendaklah sesuai sebagai tapak surau dan dalam kampung berkenaan. ” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI