Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEMINDAHKAN KUBUR LAMA BAGI MENGELAKKAN UPACARA PEMUJAAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tiada apa-apa halangan dan bersetuju di atas cadangan untuk pemindahan kubur-kubur tersebut. 2. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada darurat. 3. Pekerja yang melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada meraka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 4. Segala kuasa dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI