Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN ISTIBDAL TAPAK PERKUBURAN DI ATAS PTD 9544 DI KAMPUNG PAYA, MUKIM LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR DENGAN TAPAK CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN KAMPUNG TERSUSUN KAMPUNG PAYA DI ATAS LOT 2804 BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN KAMPUNG TERSUSUN KAMPUNG PAYA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Permohonan istibdal tapak perkuburan Islam di atas PTD 9544 di Kampung Paya, Mukim Layang-Layang Kluang Johor dengan tapak cadangan pembangunan Perumahan Kampung Tersusun Kampung Paya di atas lot 2804 bagi tujuan pembangunan perumahan kampung tersusun Kampung Paya adalah harus mengikut hukum syarak.” Istibdal dan tersebut boleh dilakukan dengan syarat seperti berikut : i. Luas tanah tersebut lebih besar atau sama dengan tanah yang digunakan. ii. Nilaian tanah tersebut lebih tinggi atau sama dengan tanah yang digunakan”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI