Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

SIASATAN DAN SEMAKAN KUBUR LAMA, LOT 70 & 23.7 MUKIM JELUTONG, DAERAH JOHOR BAHRU (TANAH PERSENDIRIAN)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tiada apa-apa halangan dan bersetuju diatas cadangan untuk memindahkan kubur-kubur tersebut. 2. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada maslahah menjaga maruah dan kesucian kubur orang Islam. 3. Pihak yang berwajib hendaklah mempastikan terlebih dahulu jumlah kubur Yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) dengan apa cara yang boleh membantu pengesanan tersebut. 4. Pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja-pekerja permindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya mereka memberi pandangan bahawa kawasan yang terlibat dan pemindahan itu terdapat lebih daripada 90 buah kubur yang perlu dipindahkan. 5. Pekerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 6. Segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh pemilik tanah. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI