Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA PERMOHONAN YB ADUN PEKAN NANAS BERHUBUNG SURAU LAMA LORONG WARISAN BATU 29, PENGKALAN RAJA, PONTIAN DIJADIKAN BALAIRAYA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Tapak wakaf Surau Lama Lorong Warisan Batu 29 Pengkalan Raja, Pontian, tidak boleh menurut hukum syarak untuk dijadikan tapak balai raya kerana ia adalah tanah wakaf surau. Sekiranya hendak dijadikan sebagai tapak balai raya, maka hendaklah melakukan istibdal dengan tanah lain”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI