Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON PENJELASAN MENGENAI HUKUM PENJUALAN TANAH DARI KAWASAN TANAH WAKAF PERKUBURAN BANDAR PALOH
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Meratakan bahagian berbukit yang terdapat di dalam kawasan tanah perkuburan Islam Bandar Paloh bagi penyediaan ruang pengkebumiaan jenazah pada masa hadapan adalah harus dari sisi hukum syarak. Kerja-kerja meratakan tanah wakaf tersebut perlulah dikawal selia oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, bahagian wakaf. Jika terdapat lebihan tanah setelah meratakan tanah di kawasan tersebut, maka tanah tersebut bolehlah dipindahkan ke kawasan wakaf yang lain. Sekiranya masih terdapat lebihan tanah setelah dipindahkan ke kawasan wakaf yang lain dan tanah tersebut tidak diperlukan bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor, maka bolehlah tanah tersebut dijual dan wang itu dimasukan ke dalam akaun pendapatan wakaf serta dibelanjakan mengikut hukum syarak.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI