Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGURANGAN NILAIAN TEBUS HAK BAITULMAL ATAS PESAKA ALLAHYARHAM TUNIKAM BINTI RONOKROMO
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Jumlah penolakan adalah diharuskan sebagaimana berikut : 1. Bayaran cukai tanah sebanyak : RM 258.00 2. Bayaran cukai harta Majlis Daerah Segamat : RM 942.00 3. Bayaran peguam Ali Zaiton, Muar: 4. Tambang perjalanan bagi menguruskan harta : RM 1500.00 5. Pengurusan tanah bahagian si mati (meracun/membersihkan) : RM 700.00 6. Upah menunaikan haji bagi di mati (sekiranya si mati belum menunaikan ) : RM 2500.00 Jumlah keseluruhan = RM 9400.00 Penolakan wang upah haji akan dipotong Majlis Agama Islam sendiri daripada nilai tanah tersebut. Maka harga tanah yang perlu dibayaroleh pemohon adalah RM 31100.00 setelah ditolak sebanyak RM 5900.00 daripada jumlah RM 37000.00. Bagi membolehkan tanah ditukar nama kepada pemohon, pemohon hendaklah membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM 10,000 sebagai pendahuluan dan bakinya bolehlah dibayar secara beransur. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI