Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN LESEN SEMENTARA DI BAWAH SYEKSEN 67 KANUN TANAH NEGARA DI ATAS TANAH HUTAN SIMPAN GUNUNG PULAI BAGI TUJUAN PENUBUHAN TAMAN SI TUMANG (PUSAT TRANSMIGRASI SERTA PERLINDUNGAN ANJING LIAR DAN TERBIAR)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya, “Usaha menjaga, memelihara dan berbuat ihsan kepada semua haiwan adalah suatu usaha yang baik dan sangat digalakkan dalam islam serta mendapat ganjaran pahala. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah r.a beliau berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Ertinya: Semasa seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan berjalan-jalan mengelilingi sebuah perigi, ia telah dilihat oleh seorang pelacur daripada pelacur-pelacur bani Israel, dia membuka kasutnya untuk mengambil air perigi lalu diberi minum anjing itu menggunakan kasutnya, maka diampunkan dosanya disebabkan perbuatannya. (sahih muslim) Walaubagaimanapun, dalam isu orang Islam bercadang memelihara anjing, maka menurut hukum syarak orang Islam diharuskan memelihara anjing untuk tiga keperluan berikut iaitu tujuan perburuan, menjaga kebun dan menjaga binatang ternakan. Selain daripada tiga keperluan di atas maka diharamkan orang Islam memelihara anjing. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.Anhu, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Ertinya: Barangsiapa memelihara anjing bukan bagi tujuan berburu, menjaga ternakan atau menjaga ladang, maka setiap hari pahalanya berkurang dua qirat. (sohih muslim) Justeru hukum orang Islam memelihara anjing untuk tujuan selain daripada tiga keperluan di atas adalah tidak dibenarkan. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI