Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMBINA BANGUNAN BARU MASJID DAN MEROBOH BANGUNAN LAMA MASJID KAMPUNG BUKIT PASIR MERSING JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Harus merobohkan masjid lama Kampung Bukit Pasir Mersing johor bagi tujuan membina bangunan baru masjid tersebut dengan syarat-syarat sebagaimana yang telah diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri Johor bertarikh 3 rejab 1439 hijriah bersamaan 21 mac 2018 miladiah berikut: “Bahawa perkakas lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa akan dating atau kegunaan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan islam. “Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat-tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI