Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MENGENAI CADANGAN NAMA BAGI MASJID TAMAN SRI PULAI JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Bangunan yang dibina sama ada dinamakan masjid atau surau adalah sama sahaja ianya tidak berlawanan. 2. Ada pun masalah menjadi masjid Jamek (masjid yang mendirikan Jumaat) maka surau atau masjid itu akan diberikan taraf masjid Jamek (masjid yang telah dibenarkan mendirikan Solat Jumaat). 3. Oleh itu dapatlah difahamkan bahawa proses membangunkan masjid dan mendirikan Jumaat adalah proses yang berlainan. Setelah surau atau masjid itu siap dan mendapatkan kebenaran mendirikan Jumaat, ketika itu bolehlah dinamakan masjid Jamek. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI