Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA PELANTIKAN PENYELARAS MASJID DAN SURAU DAERAH, PENGGERAK MASJID DAN SURAU DUN, PEGAWAI MASJID KARIAH (IMAM) NEGERI JOHOR, ‘AMIL ZAKAT FITRAH DAN ‘AMIL ZAKAT KORPORAT NEGERI JOHOR, PENYELIA-PENYELIA AL-QURAN SERTA INDIVIDU YANG DILANTIK SEBAGAI WAKIL PEMUNGUT DERMA TABUNG PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM NEGERI JOHOR 2019 DAN PEMBERIAN SAGUHATI (INISIATIF) KEPADA WAKIL PEMUNGUT DERMA TABUNG PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM NEGERI JOHOR 2019.
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, Jawankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut :- i. Bersetuju dengan pelantikan penyelaras masjid dan surau daerah, penggerak masjid dan surau DUN, pegawai masjid kariah (imam) negeri Johor, ‘amil zakat fitrah dan ‘amil zakat korporat negeri Johor, penyelia-penyelia Al-Quran serta individu yang dilantik sebagai wakil pemungut derma tabung pengurusan tanah perkuburan Islam negeri Johor 2019. ii. Bersetuju dengan pemberian saguhati (inisiatif) sebanyak 5% diberikan kepada wakil pemungut derma yang dilantik untuk membuat potongan tabung pengurusan tanah perkuburan Islam negeri Johor 2019 dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: • Pemberian saguhati (inisiatif) sebanyak 5% yang diberikan kepada wakil pemungut derma yang dilantik hendaklah diambil daripada jumlah keuntungan akaun semasa tabung pengurusan tanah perkuburan Islam negeri Johor 2019 iaitu diambil pada peruntukan pentadbiran 20%. • Bagi tahun pertama, pemberian saguhati (inisiatif) sebanyak 5% yang diberikan kepada wakil pemungut derma yang dilantik hendaklah diambil dari duit pokok, kemudian untuk tahun kedua dan seterusnya diambil daripada jumlah keuntungan akaun semasa tabung.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI