Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA BERHUBUNG PENULISAN AYAT AL-QURAN DALAM BUKU ATURCARA KONVOSYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم i. Al-Quran adalah kalam Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. wajib dihormati dan dipelihara kehormatannya. Dengan menulis ayat Al-Quran dalam buku aturcara upacara konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia tidak dapat dipelihara kehormatannya kerana ia diedarkan kepada tetamu-tetamu yang sebahagiannya bukan orang islam. Rasulullah S.A.W. pernah melarang membawa Al-Quran ke negara bukan islam kerana ditakuti Al-Quran tersebut jatuh ke tangan musuh yang tidak akan menjaga kehormatannya. Juga berdasarkan kaedah Syariah (menutup ruang yang boleh membawa kepada dosa). ii. Oleh itu barangsiapa yang melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa termasuk mengedar bahan cetak tersebut adalah ditegah dari segi hukum syara’ والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI