Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON FATWA PROJEK PENSWASTAAN CADANGAN PEMBANGUNAN PERSISIRAN PANTAI TANJUNG PUTERI JOHOR BAHRU OLEH KONSOTIUM HUJUNG TANAH SDN BHD DRP PENGARAH JABATAN AGAMA JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah Lujnah fatwa membincangkan dengan penuh teliti dengan mengambilkira kepada semua perkara, maka Lujnah Fatwa mencadangkan perkara-perkara berikut:- i. Perlu ada satu syiar (masjid dan bandaraya) yang sekali gus menunjukkan Islam adalah agama rasmi Negeri Johor dan persekutuan. ii. Pengunjung daripada Singapura khasnya dan orang luar amnya akan dapat melihat perkembangan Masjid pada pandangan pertama mereka apabila berkunjung ke Negeri Johor kerana masjid yang menjadi syiar kekuatan dan perpaduan umat Islam Johor. iii. Pelan dasar telah diluluskan oleh pihak kerajaan Johor dan cadangan untuk memindahkan tapak masjid ke lokasi yang lain adalah sukar kerana melibatkan kepada perubahan yang besar pada pelan dasar dan ini tidak mungkin boleh dilakukan. iv. Masjid ini adalah sumbangan daripada Konsortium hujung Tanah Sdn Bhd yang sekaligus ingin turut serta untuk mennegakan syiar Islam. v. Peruntukan ini merupakan peruntukan yang begitu besar yang sudah barang tentu akan membanggakan Umat Islam dan jika ditolak akan merugikan semua pihak. vi. Dengan itu Lujnah Fatwa berpandangan masjid yang dicadangkan bolehlah diteruskan pembinaanya di atas tapak yang dicadangkan dengan mematuhi syarat-syarat seperti perkara 2.3 (2..3.1, 2.3.2, 2.3.3 dan 2,3.4) Pandangan ini berdasarkan perkara-perkara berikut:- i. Keperluan untuk melahirkan syiar Islam d tengah tengah Bandaraya Johor Bahru ii. Sewerage Treatment (Pusat Kumbahan) tidak menggangu keharmonian masjid kerana menggunakan system bio-mekanikal ini mempunyai kelebihan dari aspek kegunaan tanah serta pengawalan odor sehinggakan tidak dikhuatiri menjejas kualiti udara dan akan ditutup dengan lanskap. iii. Di antara masjid dengan Asean Village dan Artificial Beach diselangi dengan: 1. Bangunan tempat letak kereta 5 tingkat 2. Jalan raya utama 3. Akan ditanam dengan pokok pokok oleh pihak Berkuasa 4. Pihak Berkuasa Asean Village dan Arttificial Beach akan menyediakan panduan dan garis panduan yang akan mengawal kegiatan kegiatan kedua duanya yang tidak akan menggangu Jemaah masjid dan kesuciannya secara langsung atau tidak langsung. iv. Selain daripada menampung pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan yang berhampiran dan peniaga serta pengunjung pusat membeli belah, masjid ini juga akan digunakan oleh penduduk setempat yang bermastautin di dalam Kawasan projek ini yang mana pihak pemaju akan membina rumah tempat tinggal yang akan menempatkan seramai 10 ribu orang v. Masjid terdekat dengan masjid yang dicadangkan adalah masjid Pasir Pelangi sejauh lebih kurang 3 km. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI