Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA ZAKAT PENDAPATAN (GAJI)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Kewajipan mengeluarkan zakat ini mengambil kira dan berasaskan kepada perkara-perkara berikut - "GAJI DAN PENDAPATAN WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT BILAMANA CUKUP SYARAT-SYARATNYA" I) Maslahah bagi umat Islam (maslahah ammah). II) Permulaan haul gaji dan pendapatan dikira pada hari @ bulan ia dipanggil melapurkan diri untuk memulakan tugas jawatan kerana hari@bulan itu dikira sebagaimana masa permulaan ia berhak menerima bahagian- bahagian peruntukan gaji tahunannya kerana peruntukan gaji telah tersedia ada dalam belanjawan kerajaan atau sektor swasta (12 bulan dalam tahun tersebut). III) Pendapat sebahagian daripada sahabat dan Tabi'in seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, Muawiyah As Sadiq, Al Baqir, An Nasir, Daud, Umar Abd Aziz, Al Hassan dan Mashah Ahmad Ibnu Hambal dalam maslahah pendapatan dari sewaan mereka tidak mensyaratkan haul. 2. Kadar zakat gaji atau pendapatan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI