Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMBINA MASJID BARU KAMPUNG PADANG LALANG DAN KAMPUNG LOGOH DI ATAS LOT 1079 UNTUK MENDIRIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Bahawa tanah wakaf yang dikhaskan kerana perkuburan tidak harus digunakan untuk yang lain kerana perkuburan orang Islam. Oleh itu Lujnah Fatwa mencadangkan supaya pihak yang berkenaan hendaklah mencadangkan kepada kerajaan untuk mendapatkan tapak lain. Lujnah juga memberi pandangan adalah lebih baik Surau Kampung Padang Lalang dinaikkan taraf Masjid bagi didirikan sembahyang Jumaat (dijadikan Masjid Jamek jika tiada halangan dari segi Hukum Syarak). والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI