Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PEMBELIAN SEBUAH KOMPUTER DAN MESIN PENDUA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Tiada halangan pembelian barang-barang (komputer dan alat mesin pendua) dan harus dibayar daripada wang kumpulan wakaf kebajikan am seperti hasil sewaan rumah wakaf nom.13, Jalan Yahya Awal Johor Bahru yang diwakafkan oleh YB Dato Haji Mohd Kassim Bin Haji Hashim (daripada Sabah) kerana kebajikan am, yang mana pembelian barang-barang tersebut adalah salah satu tujuan kebajikan am dan sekaligus menyempurnakan satu-satunya syarat wakaf. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI