Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MINUM UCAP SELAMAT (DRINKING A TOAST) DALAM MAJLIS MAKAN BERADAB ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Hukum minum ucap selamat (Drinking a Toast) seperti yang dilakukan di dalam majlis makan beradab Angkatan Tentera Malaysia adalah dilarang oleh syarak kerana ajaran ini sememangnya tiada keselarasan dengan ajaran Islam. Cara mengucapkan selamat dan kesejahteraan yang terbaik menurut pandangan Islam adalah mendoakan seseorang dengan menyebut nama mereka tanpa diikuti perbuatan atau ritual yang mengikut tradisi agama atau budaya lain khususnya yang berasal daripada adat yang haram”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI