Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENYEMAKAN BUKU TERBITAN TA MIM GROUP MARKETING
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Buku bertajuk “Himpunan Kata-kata Allah” terbitan TA MIM GROUP MARKETING dan “Muhasabah Diri Untuk Menemui Maha Allah” adalah bertentangan dengan fahaman ahli as-sunnah wal jamaah al-Asyairah dan al-Maturidiah serta boleh menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada umat Islam. Justeru, buku ini diharamkan dan dilarang umat Islam di Negeri Johor Darul Takzim untuk memiliki, membaca, mencetak, menjual, membeli, menyebar, mempamer, mempromosi dalam apa jua bentuk sama ada melalui buku, internet, rakaman audio atau video atau apa jua bentuk terbitan yang ada kaitan dengan buku ini.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI